Pertandingan Mencipta Logo Baru Dan Slogan Kelab TAHA

Syarat Pertandingan
- Terbuka kepada semua pendeposit TH sahaja.
- Tiada had penyertaan.
- Logo mestilah baru, hasil karya sendiri dan asli.
- Spesifikasi logo:
- Logo bersifat dinamik dan korporat.
- Pilihan warna mengikut kreativiti dan tidak terhad.
- Menggambarkan identiti Kelab TaHa dan sesuai untuk peringkat umur 0-25 tahun.
- Tidak mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
- Penyertaan dalam bentuk softcopy format JPEG atau PNG berukuran 800px x 800px.
- Logo yang menang perlu disertakan dalam format Adobe Illustrator atau format software terkini yang bersesuaian.
- Slogan dan logo mestilah menggambarkan generasi muda yang dinamik dan kreatif dalam membentuk peribadi professional mukmin. Logo dan slogan yang dihantar haruslah disertakan bersama keterangan atau maksud yang tidak melebihi 100 patah perkataan.
- Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke emel kelabtaha@lth.gov.my.
- Peserta perlu sertakan maklumat berikut untuk rujukan pihak TH:
- Nama :
- No. IC :
- No. Akaun TH :
- No. telefon :
- Emel :
- Tempoh pertandingan bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020.
- Logo yang dipilih sebagai pemenang akan menjadi hakmilik TH dan berhak memuatnaik semula atau menyiarkan di mana-mana platform bagi tujuan promosi tanpa sebarang notis.
- Logo yang terpilih akan disenarai pendek dan dimuatnaik semula oleh TH di Facebook dan Instagram untuk undian awam.
- Pemenang akan diumumkan melalui media sosial TH selepas 20 September 2020.
- Keputusan pemenang adalah muktamad. TH berhak meminda tarikh pengumuman pemenang tanpa notis.
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju dan faham dengan terma & syarat.
Soalan Lazim
Lihat soalan lazim pertandingan disini