Penerima Saguhati Umrah
Senarai Nama Penerima
Senarai Nama Penerima Saguhati Umrah
09032022_Muat Turun Senarai Nama Penerima Saguhati Umrah
Kemaskini terkini Rabu, 09 Mac 2022.
Soalan Lazim Penerima Saguhati Umrah
PEMBAYARAN SAGUHATI KEPADA JEMAAH UMRAH
No | Soalan | Jawapan |
---|---|---|
1. | Mengapakah Kerajaan membuat bayaran saguhati kepada jemaah umrah yang terkesan akibat penangguhan umrah? |
Arahan penangguhan umrah dilakukan oleh pihak Kerajaan ekoran penularan virus Omicron yang melanda dunia. Langkah penangguhan ini diambil kerana Kerajaan prihatin terhadap aspek keselamatan dan kesihatan para jemaah umrah terutama rakyat Malaysia. Menyedari penangguhan ini menyebabkan bakal jemaah umrah mengalami kerugian kewangan. Kerajaan bersetuju membayar saguhati untuk meringankan beban dan kerugian jemaah umrah yang terlibat. |
2. | Apakah kriteria-kriteria jemaah umrah yang menerima bayaran saguhati ini? | Kriteria utama untuk menerima bayaran saguhati adalah kepada jemaah-jemaah yang terpaksa menangguhkan perjalanan aktiviti umrah dalam tempoh 8 Januari 2022 sehingga 7 Februari 2022. |
3. | Mengapakah Tabung Haji (TH) dipilih sebagai institusi yang menguruskan pembayaran saguhati? |
TH dipilih sebagai institusi yang menguruskan pembayaran saguhati memandangkan 100% penerima adalah rakyat Malaysia yang beragama Islam dan Kerajaan yakin kebanyakan penerima telah mempunyai akaun simpanan di TH. Pembayaran melalui satu institusi sahaja (iaitu melalui TH) akan memudahkan proses pembayaran kepada penerima terlibat. |
4. | Mengapakah Kerajaan tidak terus mengkreditkan bayaran saguhati menerusi agensi-agensi pelancongan yang menguruskan Jemaah Umrah ini? | Pembayaran terus kepada jemaah umrah terlibat adalah bagi memastikan mereka menerima bayaran dengan lebih cepat, teratur dan terjamin. |
5. | Berapakah jumlah bayaran saguhati? Adakah jemaah umrah akan menerima ganti rugi penuh? | Ini berdasarkan kepada senario dimana Kerajaan membayar saguhati sebanyak 50% terhadap perbelanjaan hangus yang ditanggung oleh setiap Jemaah Umrah. |
6. | Bagaimanakah Kerajaan menentukan kelayakan jemaah terlibat? |
Kelayakan bagi penerima bayaran saguhati adalah seperti berikut:
|
7. | Bagaimana cara TH membuat pembayaran tersebut | Bayaran kepada penerima terlibat akan dikreditkan terus ke dalam akaun simpanan TH masing-masing selepas TH menerima senarai nama penerima yang layak daripada Kerajaan/MOTAC. |
8. | Bagaimana sekiranya Jemaah Umrah tidak mempunyai akaun TH |
TH akan membantu penerima terlibat untuk membuka akaun simpanan TH bagi membolehkan bayaran saguhati dikreditkan ke akaun TH mereka. |
9. | Bilakah tarikh pengkreditan bayaran saguhati akan dilakukan? |
Pengkreditan saguhati akan bermula 18 Februari 2022. |
10. | Bagaimana cara untuk menyemak status pengkreditan wang saguhati ke akaun TH penerima? |
Penerima boleh menyemak transaksi bayaran saguhati dalam akaun TH masing-masing melalui kaedah berikut:
|
11. | Bagaimanakah jemaah umrah boleh menyemak status sebagai penerima saguhati? |
Jemaah umrah terlibat boleh semak melalui laman sesawang TH (www.th.gov.my) atau dengan menghubungi TH Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919. THCC akan memberi maklumbalas berdasarkan senarai nama penerima yang layak seperti yang diberikan oleh pihak MOTAC. |
12. | Bagaimanakah jemaah umrah yang terkesan tetapi tidak tersenarai sebagai penerima saguhati boleh membuat rayuan? | Jemaah boleh membuat rayuan melalui syarikat-syarikat pengendali pelancongan masing-masing yang berdaftar. Seterusnya syarikat tersebut akan berhubung dengan Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan. |