Pencapaian & Anugerah

TH memenangi Anugerah Majikan Pilihan di kalangan siswazah bagi kategori Syarikat Berkaitan Kerajaan 2017 di ‘Malaysia’s 100 Leading Graduate Employers Awards Night 2017’ yang berlangsung di Kuala Lumpur.

TH telah menerima Pensijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) daripada pihak SIRIM QAS International Sdn Bhd.

TH bekerjasama dengan pihak Imigresen Arab Saudi untuk melaksanakan “Program Pra-perlepasan Imigresen Arab Saudi” di KLIA. Malaysia telah dipilih oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai negara pertama bagi projek perintis ini.

Khemah kalis api lebih besar di Arafah ketika berwukuf.

TH menggunakan aplikasi Haj Mobiliti, Bravo dan Dashboard Haji bagi meningkatkan kecekapan operasi haji.

Seri Paduka Baginda (SPB) Yang DiPertuan Agong berkenan mengucapkan Selamat Jalan kepada Bakal Haji Musim 1438H buat pertama kalinya selepas ditabal menjadi Yang DiPertuan Agong ke-15.

Bangunan Kompleks Islam Putrajaya (KIP) milik TH telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kompleks ini menempatkan 13 agensi Islam di bawah satu bumbung mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan perkhidmatan.

TH melancarkan Program Ikhtiar yang memberi modal dan peralatan kepada 15 usahawan asnaf (dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor) bagi membantu memperkembangkan perniagaan mereka.

TH telah membuka pejabat baharu di Padang Besar bagi menggantikan Cawangan Kuala Perlis, Perlis.

Produk baharu, Hibah Amanah TH diperkenalkan sebagai alternatif kepada para pendeposit dalam urusan pemberian hibah simpanan masing-masing semasa masih hidup.

TH telah menerima penambahan kuota haji sebanyak lebih 30 ribu bermula Musim Haji 1439H hasil rundingan YAB Perdana Menteri dengan Raja Salman Abdulaziz semasa lawatan baginda ke Malaysia.
TH menerima Anugerah "Institusi Paling Cemerlang" bagi Sumbangan Terhadap Kewangan Islam pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur 2016 (KLIFF).
Inisiatif CSR terbaharu TH iaitu TH Mobiliti dilancarkan dengan penyerahan 11 buah kenderaan dwi-fungsi (van jenazah & van serbaguna) kepada masjid-masjid terpilih

23 - 26 Ogos 2016
TH Menerima Anugerah Emas di International Convention on Quality Control Circles (ICQCC). Bangkok 2016 (MALINJA)
23 - 24 Ogos 2016
TH menerima Anugerah Emas di Mini Konvensyen Team Excellence, Wilayah Pantai Timur MPC 2016 (RODA)
8 - 10 Ogos 2016
Konvensyen KIK Peringkat JPM 2016 (RODA)
Naib Johan Kategori Teknikal
Anugerah Kumpulan Paling Kreatif (Persembahan)
Musim Haji 1437H (4 Ogos - 16 Oktober 2016)
- TH mengambil imej 10 cap jari bakal haji sebelum keberangkatan ke Tanah Suci.
- TH melaksanakan “Safari Wuquf” untuk membawa jemaah sakit dengan kenderaan dari hospital terus ke Arafah untuk berwuquf.
- TH mengagihkan pek makanan kepada jemaah haji ketika bermabit di Muzdalifah.

TH melancarkan Perkhidmatan Bergerak TH Komuniti bagi memberi akses kepada perkhidmatan TH untuk penduduk luar bandar.

Pengenalan buku akaun baru TH oleh YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH.
TH membuka cawangan baharu ke-123 di Pasir Gudang, Johor yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor.
TH menerima Anugerah Emas di Mini Konvensyen Team Excellence, Wilayah Sabah MPC 2016 (GS’16)
Pensijilan MS 1722:2011 Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja