Pemeriksaan Kesihatan
Setiap bakal haji perlu menjalani dan lulus pemeriksaan kesihatan termasuk melakukan ujian fizikal, ujian darah serta lain-lain ujian (jika perlu). Ia adalah bagi mengetahui tahap kesihatan Bakal Haji dan status keadaan penyakit yang dihidapi oleh bakal haji (sekiranya ada).
Pemeriksaan kesihatan adalah amat penting untuk pengesahan dan rawatan awal kepada Bakal Haji sebelum bertolak ke Tanah Suci. Bakal Haji yang telah lulus pemeriksaan kesihatan juga hendaklah mendapatkan suntikan Vaksin Meningococcal Quadrivalent ACYW-135 dan lain-lain suntikan vaksin yang diwajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi Musim Haji semasa.
Pemeriksaan kesihatan hendaklah dilakukan oleh pegawai perubatan yang berdaftar dengan TH / Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) (mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksa Kesihatan Bakal Haji (NPPKBH)). Manakala suntikan vaksinasi boleh didapatkan dari mana-mana pegawai perubatan yang bertauliah.
Pegawai perubatan yang melaksanakan pemeriksaan kesihatan dan memberi suntikan Vaksinasi Quadrivalent ACYW-135 dan lain-lain suntikan hendaklah membuat pengesahan butir-butir pemeriksaan dan suntikan didalam sistem MyVAS, aplikasi pemeriksaan kesihatan bakal haji yang dikawal selia oleh KKM.
Senarai Tempat Pemeriksaan Kesihatan - Muat turun Senarai Tempat Pemeriksaan Kesihatan bagi setiap negeri, disini.