KUALA LUMPUR, 20 Disember 2017 - Lembaga Tabung Haji (TH) mengambil secara positif saranan yang dibuat oleh semua pihak untuk menangani kes penipuan pakej umrah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Datuk Seri Johan Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH berkata pihaknya akan meneliti secara mendalam cadangan-cadangan yang telah diutarakan untuk TH mengendalikan hal-hal yang berkaitan pengurusan, pemantauan dan penguatkuasaan umrah bagi Jemaah Malaysia.
“Kajian yang lebih mendalam perlu dibuat dari pelbagai aspek kerana pengurusan umrah berbeza daripada haji dan ianya berjalan hampir sepanjang tahun. Hasil daripada kajian ini perlu diperhalusi dengan teliti sebelum sebarang keputusan atau perubahan akta dicadangkan,” ujar beliau.
TH juga perlu melihat dari sudut manfaat serta kesan yang bakal memberi impak kepada pendeposit TH di mana pengurusan umrah tentunya akan melibatkan struktur kos yang berbeza” tambah beliau.
“Pihak kami juga perlu mengadakan perbincangan lanjut dengan semua pihak berkuasa dan yang berwajib supaya cadangan ini dapat dibentangkan secara menyeluruh demi kepentingan dan kebaikan semua pihak,”’ ujar beliau lagi.
Sementara itu TH menasihati mereka yang ingin menunaikan umrah disarankan untuk
menggunakan perkhidmatan syarikat pelancongan yang mempunyai Lesen Khas Umrah
(LKU) yang telah dikuatkuasakan oleh MOTAC Oktober lalu.
-Tamat-