KELAB TaHa & TaHa@U
Kelab TaHa
Soalan | Jawapan |
Berapakah umur untuk ahli Kelab TaHa? |
Seawal kelahiran sehingga 17 tahun. |
Bagaimanakah pendaftaran Kelab TaHa dibuat? |
Semua pendeposit TH berumur seawal kelahiran hingga 17 tahun menjadi ahli Kelab TaHa secara automatik. |
Adakah saya akan mendapat kad keahlian? |
Kad digital atau E-kad keahlian boleh diakses melalui THiJARI milik penjaga. |
Apakah kegunaan E-kad keahlian? |
E-kad ini boleh digunakan untuk mendapatkan tawaran eksklusif di Rakan Kelab TaHa. |
Kelab TaHa@U
Soalan | Jawapan |
Apakah syarat kelayakan menjadi ahli Kelab TaHa@U? |
Syarat kelayakan ahli Kelab TaHa@U?
|
Berapakah umur yang layak mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa@U? |
Berumur di antara 18 hingga 25 tahun. |
Siapakah yang boleh mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa@U? |
Pelajar yang masih menuntut di IPTA dan IPTS atau yang setaraf dengannya. |
Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai ahli? |
Pendaftaran boleh dilakukan secara dalam talian di laman web www.thijari.gov.my dan aplikasi THiJARI. |
Adakah saya perlu hadir kemana-mana pejabat TH Cawangan bagi tujuan pengesahan maklumat yang telah dikemaskini? |
Tidak, anda tidak perlu hadir ke cawangan TH untuk tujuan pengesahan. |
Adakah aplikasi THiJARI boleh digunakan pada peranti iOS dan Android? |
Ya. Anda boleh memuat turun aplikasi THiJARI dari App Store (iOS) dan Google Play Store (Android). |
Adakah saya akan mendapat kad keahlian? |
E-kad keahlian Kelab TaHa@U adalah secara digital dan hanya dapat diakses melalui web www.thijari.gov.my atau aplikasi THiJARI. |
Bolehkah saya mengakses paparan kad keahlian jika saya telah log keluar dari akaun THiJARI? |
Tidak boleh. Pengguna perlu kekal log masuk bagi mengakses atau boleh muat turun paparan digital kad keahlian Kelab TaHa@U. |
Adakah pendaftaran sebagai ahli melibatkan sebarang pembayaran? |
Pendaftaran Kelab TaHa@U adalah PERCUMA. |
Adakah saya perlu mempunyai akaun TH terlebih dahulu untuk mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa@U? |
Ya. Jika anda belum mempunyai akaun TH, anda boleh membuka akaun TH dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
|
Apakah keistimewaan yang diterima oleh ahli Kelab TaHa@U? |
Antara keistimewaan yang diterima oleh ahli Kelab TaHa@U adalah :
|
Saya baru sahaja kehilangan telefon bimbit dan bertukar ke peranti baru, perlukah saya mengaktifkan semula akaun TaHa@U? |
Ya, anda perlu mengaktifkan aplikasi pada peranti baharu. Perkhidmatan pada peranti lama akan dinyahaktifkan secara automatik semasa pendaftaran peranti baharu. |
Saya membeli peranti baharu dan bertukar ke penyedia telco baharu dengan kad SIM baru tetapi nombor mudah alih sama. Adakah ini memberi kesan kepada tetapan aplikasi tersebut? |
Tidak, selagi nombor anda kekal dan tidak berubah, ciri ini masih tersedia untuk anda. |
Adakah maklumat peribadi saya yang dimasukkan dalam aplikasi ini selamat? |
Aplikasi ini dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji dan akan dijamin bahawa maklumat peribadi anda dilindungi serta tidak akan dikongsi atau diberikan kepada mana-mana pihak yang lain. |
Adakah aplikasi THiJARI memerlukan sambungan internet selepas pemasangan dan pendaftaran Kelab TaHa@U? |
Ya, sambungan internet diperlukan untuk mengakses pengisian Kelab TaHa@U. |
Adakah saya perlu menamatkan keahlian apabila mencapai umur 26 tahun? |
Keahlian Kelab TaHa@U akan ditamatkan serta merta secara automatik apabila melebihi umur 25 tahun dan e-kad keahlian tidak boleh digunakan lagi. |
Bagi ahli Kelab TaHa sedia ada, perlukah membuat pendaftaran baru untuk Kelab TaHa@U? |
Ya, ahli Kelab TaHa sedia ada hendaklah membuat pendaftaran baru sebagai ahli Kelab TaHa@U di THiJARI. |
Jika saya berumur 19 tahun tetapi tidak melanjutkan pelajaran dan terus bekerja, adakah saya boleh mendaftar sebagai ahli Kelab TaHa@U? |
Tidak, hanya pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi sahaja yang layak mendaftar. |