Soalan Lazim
Privasi Notis
TH hanya akan menyimpan data peribadi anda bagi tempoh yang tertentu sahaja untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi undang-undang, kawal selia dan keperluan dalaman pihak TH.
Anda boleh menarik balik kebenaran memproses data peribadi pada bila-bila masa dengan menghubungi mana-mana cawangan TH, Khidmat Pelanggan (Tabung Haji Contact Centre) di talian 03-6207 1919 atau melayari www.tabunghaji.gov.my.
Terdapat beberapa keadaan yang membolehkan orang lain mendapat kebenaran untuk mengakses kepada data peribadi anda iaitu:
- jika anda di bawah umur 18 tahun, hanya penjaga akaun yang sah sahaja yang dibenarkan
- entiti lain dalam TH iaitu anak-anak syarikat TH dan syarikat bersekutu TH
- ejen dan penyedia perkhidmatan TH yang diberi kuasa yang dengannya TH telah mengikat perjanjian kontrak untuk beberapa fungsi, perkhidmatan dan aktiviti TH
- rakan kongsi strategik dan penasihat/konsultan TH
- agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan, seperti yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang, dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah atau untuk memenuhi obligasi kepada pihak berkuasa
- pihak yang diberi kebenaran oleh anda
Ya, TH akan memberi kebenaran kepada anda untuk mengakses data peribadi anda yang wujud dalam sistem simpanan TH.
TH boleh menolak permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda sekiranya identiti anda tidak dapat disahkan.
TH mungkin akan mengambil masa empat belas (14) hari waktu bekerja sebelum penarikan balik persetujuan dipaparkan dalam sistem. Ini adalah kerana maklumat penarikan balik persetujuan perlu melalui proses pengesahan di seluruh kumpulan TH. Oleh itu, anda mungkin masih menerima bahan/maklumat pemasaran atau promosi semasa tempoh tersebut.
Semua individu dan organisasi yang memproses data peribadi anda dalam urusan mereka mesti mematuhi peraturan – peraturan yang ditetapkan dalam APDP. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dikecualikan.
TH ialah Pengguna Data yang mengumpul maklumat data peribadi anda. Pengguna Data adalah individu atau organisasi yang :
- Memproses data peribadi, atau
- Mempunyai kawalan terhadap pemprosesan data peribadi, atau
- Membenarkan pemprosesan data peribadi
APDP memberi definisi “pemprosesan” sebagai melakukan sesuatu terhadap data peribadi termasuklah mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, menyusun, mengubah, menzahirkan dan memusnahkan. Hanya dengan membaca atau mengakses maklumat sudah dianggap “pemprosesan”. Contoh-contoh aktiviti yang boleh dianggap sebagai “pemprosesan” termasuklah :
- Mengumpul data menggunakan borang, melalui telefon atau melalui laman sesawang
- Menerbitkan data
- Menjual data
- Menggunakan data dalam pentadbiran
- Menggunakan data untuk tujuan pemasaran
- Merekodkan data
- Mendedahkan atau memberikan data kepada organisasi lain
- Memusnahkan data