Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM 4,468,192.71 bagi tahun 2014 kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), dalam satu majlis ringkas di Istana Bukit Serene.
Pembayaran zakat bagi Negeri Johor tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 8.2 peratus berbanding RM 4,131,009.16 (2013). Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor. Negeri Johor merupakan negeri pertama dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan TH pada tahun ini.
Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2014 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah bernilai RM 49.87 juta berbanding RM 46.29 juta (2013). Peningkatan jumlah keseluruhan pembayaran zakat ini adalah sejajar dengan prestasi dan pencapaian keseluruhan TH yang memberangsangkan bagi 2014.