Korporat
Khamis, 10 November 2016
Seramai 259 orang pelajar dari 17 buah sekolah terpilih menerima zakat pendidikan berjumlah RM 129,500 daripada Lembaga Tabung Haji (TH) dalam satu Majlis Sumbangan Program Iqra’ yang diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kota Tinggi, Johor.
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Badlisyah Abdul Ghani, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH dan turut dihadiri Encik Md Din Bin Hussein, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, pengetua-pengetua, guru-guru dan anggota TH.
Program Iqra’ merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat TH dengan sumbangan bernilai RM500 bagi seorang pelajar. Jumlah keseluruhan agihan zakat adalah sebanyak RM2 juta kepada 4,000 pelajar di 178 buah sekolah bagi seluruh negara.