Korporat
Khamis, 14 Februari 2019
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan pengekalan bayaran haji bagi jemaah haji Muassasah kali pertama yang terpilih untuk menunaikan haji bagi tahun semasa 1440H/2019M.
Bayaran haji sebanyak RM9,980 ini telah kekal sejak tahun 2009 dengan subsidi yang akan ditanggung oleh TH sebanyak RM12,920 iaitu 56 peratus daripada kos haji.
Majlis ini telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri di JPM, Menteri Tan Sri Md Nor Yusof, Pengerusi TH dan Dato’ Sri Zukri Samat, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH. Turut hadir barisan Pengurusan Kanan TH.