Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM 7,680,292.46 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor dalam satu majlis ringkas di Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Dr. Sahruddin bin Jamal.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mustakim bin Mohamad, Timbalan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH.
Bayaran zakat bagi negeri Johor ini mencatatkan peningkatan sebanyak 27.3% berbanding tahun 2017 (RM6,032,522.73).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah YB. Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor; YB. Tuan Haji Tosrin bin Jarvanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar; YB Dato’ Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor; YB Dato’ Haji Yahya bin Ahmad, Mufti Negeri Johor; YB Dato’ Dr Haji Nooh bin Gadot, Penasihat Majlis Agama Islam Johor; YBhg. Dato’ Haji Mohammad Mokhzani bin Mukhtar, Pengarah TH Negeri Johor; para pegawai Jawatankuasa Zakat dan Fitrah Negeri Johor dan anggota-anggota TH.