SELANGOR, 23 April 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini telah menerima anugerah Penyumbang Berimpak Tinggi di Majlis Anugerah Cemerlang Universiti Malaya (ACUM). Canselor Universiti Malaya, DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak telah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Tuan Syed Hamadah Syed Othman di Mutiara Ballroom, Royale Chulan Damansara.
Kolaborasi antara TH dan Universiti Malaya (UM) bermula sejak tahun 2019 melalui Program Iqra-IPTA dengan sumbangan keseluruhan bernilai RM3.2 juta bagi membantu pelajar asnaf membayar yuran pengajian dan yuran asrama, selain elaun sara hidup dan pembelian alatan pembelajaran seperti komputer riba serta buku-buku rujukan.