Haji
Sabtu, 30 Jun 2018
Sabtu, 30 Jun 2018 - Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahirudin, Yang Di-Pertua Negeri Sabah menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Sabah (Zon Pantai Barat) yang berlangsung selama dua hari (30 Jun - 01 Julai 2018) bertempat di Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu.
Kursus ini melibatkan 549 orang peserta dari Bahagian Pantai Barat dan Pedalaman Negeri Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Mohd Shafie b. Apdal, Ketua Menteri Sabah. YBhg. Datuk Rozaida bt. Omar mewakili TH di majlis ini.