Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan Zakat TH berjumlah RM5,785,570.19 bagi tahun kewangan berakhir 2018 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dalam satu majlis di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan menerima bayaran zakat daripada Tuan Haji Mohd Ridzuan bin Wahi, Pengurus Besar (Simpanan & Pengeluaran) TH.
Bayaran zakat bagi negeri Perak ini mencatatkan peningkatan sebanyak 27.6% berbanding tahun 2017 (RM4,533,919.04).
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk; Tuan Haji Shamsul Kamal bin Hussein Kamal, Ketua Pegawai Teknologi TH; Tuan Haji Rozimin bin Ahamed Kamil, Pengarah TH Negeri Perak; para pegawai MAIPk dan anggota-anggota TH.