SEPANG, 4 JUN 2022 : Lembaga Tabung Haji pada hari ini, seramai 295 orang jemaah haji Malaysia musim 1443H/2022M telah berlepas ke Tanah Suci. Penerbangan pertama ini telah berlepas pada jam 1:35 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menerusi penerbangan Saudi Airlines dan dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammad Bin Abdulaziz, Madinah pada jam 4:55 petang waktu Arab Saudi.
YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut hadir bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Dato’ Sri Amrin Awaluddin untuk memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada bakal jemaah haji Malaysia kumpulan pertama tahun ini setelah dua tahun ditangguhkan kerana penularan pandemik Covid-19. Semoga segala urusan para jemaah haji dipermudahkan Allah SWT.