PERAK, 18 November 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, telah menyumbangkan sebanyak RM499,740.00 melalui kerjasama strategik bersama Yayasan Didik Negara (YDN) dalam satu majlis yang diadakan di Sungai Siput, Perak.
Sebanyak dua buah sekolah iaitu SK Kenang dan SMK Bawong, Sg Siput, Perak menerima bantuan berupa peranti tablet, smartboard dan starlink fiber optik bagi tujuan pembelajaran secara digital. Usaha ini bagi memastikan para pelajar dari golongan orang asli tidak ketinggalan dalam era pembelajaran digital.
YBrs. Tuan Syed Hamadah Syed Othman Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif menyerahkan replika cek kepada YBrs. Tuan Haji Safuan Haji Raba’ai, Pengarah Pendidikan Perak yang disaksikan oleh YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.