SERDANG, 15 Mac 2024 - Lembaga Tabung Haji ( TH ) hari ini, membuat serahan Mock Cheque kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Merangkap Tunku Canselor UPM di Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawih anjuran UPM.
Sumbangan TH sebanyak RM400,000.00 telah digunakan untuk pembelian ambulans Hospital Pengajar UPM (HPUPM). Penyerahan Mock Cheque telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH , Yang Berusaha Tuan Syed Hamadah Syed Othman kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir.