TERENGGANU, 14 Oktober 2024 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini, mengadakan serahan zakat perniagaan dengan diwakili oleh Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah bin Syed Othman kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Mizan Zainal Abidin yang berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM8,018,890.00 juta bertempat di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Menyaksikan majlis serahan zakat tersebut ialah YBM Tengku Seri Bijaya Raja (Setiausaha Kerajaan Terengganu), YB Dato’ Haji Shaikh Harun bin Shaikh Ismail (Yang Dipertua MAIDAM) dan YBhg Profesor Madya Dr Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar (Timb. Mufti Kerajaan Negeri Terengganu). Turut hadir ialah Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM), Tuan Haji Nizan Johar bin Abdul Wahab (Pengarah Negeri Terengganu), Haji Mohd Yusalmie bin Safie (Ketua Pentadbiran & Haji Negeri Terengganu) dan Encik Ahmad Lutfi bin Mohd Safuan (Ketua Pemasaran Negeri Terengganu). Semoga zakat ini dapat memberi manfaat dan membantu dalam meningkatkan tahap ekonomi golongan asnaf di negeri.