Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menganjurkan Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-36 bagi Musim Haji 1441H bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Muzakarah Haji yang berlangsung selama dua (2) hari bermula dari 22 sehingga 23 November 2019 ini disertai lebih daripada 200 para Pengkursus Ibadat Haji Tanah Suci dan Tanah Air (PEKTA & PIHTAS) serta ilmuan agama mengenai berkongsi ilmu dan pengalaman dalam menetapkan keseragaman hukum-hakam dan mencari penyelesaian terbaik berkaitan ibadat haji, umrah dan ziarah.
Sebanyak lima (5) kertas kerja dibentang dan dibincangkan sepanjang muzakarah ini oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji. Pada kali ini, perwakilan luar negara dari Asia Tenggara iaitu Kemboja dan Brunei turut hadir menyertai Nadwah Urusan Haji Asia Tenggara (NUHAT) ke-8.
Turut hadir YBhg. Tan Sri Md. Nor Yusof, Pengerusi TH; YBrs. Tuan Haji Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH; Ahli-Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji dan anggota TH.