Haji
Jumaat, 29 Jun 2018
Jumaat, 29 Jun 2018 - YB Dato' Nassuruddin Bin Haji Daud, Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah, Perancangan dan Hubungan Seranta Kerajaan Negeri Kelantan menyempurnakan Majlis Perasmian Kursus Perdana Haji yang berlangsung selama dua hari (29-30 Jun 2018) bertempat di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN), Bachok. Kursus ini melibatkan kira-kira 3400 orang peserta seluruh negeri Kelantan. En. Affan Mohd Nawi mewakili TH pada majlis ini.