Lembaga Tabung Haji (TH) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2013 berjumlah RM3,871,731.04 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), dalam satu majlis ringkas di sini.
Pembayaran zakat bagi Negeri Kelantan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding RM3,482,600.41 pada 2012. Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Rozaida Omar, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH kepada Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Tengku Mahkota Kelantan yang juga merupakan Yang Dipertua MAIK.
Jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2013 yang akan dibayar kepada negeri-negeri di Malaysia adalah sebanyak RM46.29 juta berbanding RM41.21 juta (2012) dan RM38.64 juta (2011). Peningkatan jumlah keseluruhan pembayaran zakat ini adalah sejajar dengan prestasi pendapatan keseluruhan TH yang memberangsangkan bagi 2013. Bagi Negeri Kelantan, pengagihan zakat yang diterimanya bagi tempoh tiga tahun berturut-turut adalah RM3,871,731.04 (2013), RM3,482,600.41 (2012) dan RM3,321,927.00 (2011).
TH SERAH ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN
Corporate
Friday, 28 February 2014