Corporate
Monday, 4 April 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM 606,621.99 bagi tahun kewangan 2015 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Isitiadat Melayu Perlis dalam satu majlis ringkas di Istana Arau, Perlis.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis telah berkenan untuk menerima pembayaran zakat perniagaan TH ini yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Pembayaran ini mencatatkan peningkatan sebanyak 1.53 peratus berbanding RM 597,475.67 (2014)