Corporate
Friday, 25 March 2016
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1,55juta bagi tahun kewangan 2015 kepada Zakat Melaka dalam satu majlis ringkas di Dewan Sri Utama, Pejabat TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
Pembayaran zakat perniagaan TH telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Johan Abdullah, Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH kepada TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob dan disaksikan oleh YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Hj. Haron, Ketua Menteri Melaka. Pembayaran ini mencatatkan peningkatan sebanyak 4.35 peratus berbanding RM1,487,795.46 (2014).