Corporate
MAJLIS KEBERANGKATAN YANG DI-PERTUAN AGONG DAN SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG KE TANAH SUCI UNTUK MENUNAIKAN HAJI
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun selamat berangkat menunaikan fardu haji, dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
MAJLIS KECEMERLANGAN KELAB TAHA 2011
Seramai 100 orang Kelab TaHa yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam UPSR, PMR, SPM telah diraikan dalam satu majlis anjuran Tabung Haji dan Berita Harian. Pelajar berkenaan menerima wang tunai yang telah dikreditkan dalam akaun tabung haji, sijil penghargaan dan plak daripada YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji.
MAJLIS KESYUKURAN FOR COMPLETION OF 1437H HAJJ OPERATION
Minister at The Prime Minister Office, YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom today officiated the “Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji 1437H” at TH Head Office.
In this event, TH gives a token of appreciation to 31 agencies from government and private sector as well as Saudi Arabia government for their cooperation and support in giving the best service to Hajj Pilgrims during 1437H/2016M Hajj Season.
The close collaboration and systematic hajj management have made TH among the best Hajj management institutions in the world.
MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA TAMAT OPERASI HAJI MUSIM 1435H/2014M
Majlis kesyukuran tersebut telah dihadiri oleh YB. Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta YBhg. Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH. Wakil dari agensi dan syarikat yang terlibat dalam Operasi Haji juga turut dijemput hadir.
MAJLIS KESYUKURAN TAMAT OPERASI HAJI 1433H
Lembaga Tabung Haji mengadakan Majlis Kesyukuran Sempena Tamatnya Operasi Haji Musim 1433 Hijrah sebagai tanda kesyukuran atas hasil kejayaan Tabung Haji dan rakan-rakan strategiknya dalam menguruskan operasi haji pada tahun ini. Majlis ini juga adalah untuk merakamkan tanda penghargaan Tabung Haji kepada pihak-pihak yang telah bersama-sama menjayakan operasi haji di Tanah Air dan Tanah Suci.
Majlis ini dihadiri oleh lebih 300 orang petugas dan wakil dari 33 agensi dan Syarikat swasta yang telah terbabit di dalam operasi haji tahun 1433 Hijrah yang baru saja berakhir.