LEMBAGA TABUNG HAJI LAKSANA PROJEK IQRA' SIBU
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Projek Iqra' Tahun 2013 bagi Peringkat Sarawak. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Bandaran Sibu, Sarawak.
Pada majlis yang diadakan hari ini, sejumlah 134 pelajar miskin dan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan. Jumlah keseluruhan sumbangan yang disalurkan adalah bernilai RM67,000. Setiap seorang pelajar terpilih telah menerima sumbangan zakat pendidikan berjumlah RM500.00 yang berupa kelengkapan sekolah dan juga wang tunai.