Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Haminah Hamidun selamat berangkat menunaikan fardu haji, dari Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Pesawat khas yang membawa baginda serta rombongan berlepas jam 10.45 pagi waktu tempatan.Turut bersama dalam rombongan diraja itu ialah anakanda Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz dan Datuk Seri Diraja Tunku Soraya, Datuk Seri Iskandar zulkarnain Sultan Idris Shah, Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah dan Toh Puan Temenggong Kedah Puan Sri Tengku Maliha Tengku Ariff.
Hadir sama bagi mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.