Kempen Tabung Kasih Sayang Maybank
Kempen Tabung Kasih Sayang ("Kempen") dianjurkan oleh Malayan Banking Berhad (No. Pendaftaran196001000142) ("Maybank") dan akan tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak (seperti ditakrifkan dalam Fasal 2.4 di bawah) dengan ini bersetuju dengan jelas untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini dan sebarang keputusan yang dibuat oleh Maybank berkenaan dengan Kempen ini adalah muktamad dan mengikat.
Tempoh Kempen
Kempen ini akan bermula dari 1 Mei 2024 12:00 pagi (MYT) dan berakhir pada 31 Oktober 2024 11.59 petang (MYT) [termasuk kedua-dua tarikh] ("Tempoh Kempen").
Kelayakan
- Kempen ini terbuka kepada Pelanggan Individu Maybank dan Maybank Islamic Berhad yang berumur lapan belas (18) tahun ke atas dengan dokumen pengenalan yang sah.
- Pelanggan Maybank perlu memindahkan sejumlah dana dari akaun M2U mereka ke manamana akaun Tabung Haji yang bersambung dengan M2U, di mana Akaun Tabung Haji yang Bersambung dengan M2U adalah sama ada akaun Tabung Haji Sendiri mereka (pemindahan Maybank ke akaun Tabung Haji Sendiri) atau akaun Tabung Haji Lain (pemindahan Maybank ke akaun Tabung Haji Lain). ("Transaksi Layak").
- Pekerja tetap dan/atau kontrak semasa Maybank tidak layak untuk menyertai Kempen ini.
- Semua pelanggan individu yang telah memenuhi kriteria di atas akan dirujuk sebagai "Pelanggan Layak" dan akan secara automatik disenaraikan dalam Kempen ini.
Mekanik Kempen & Hadiah
- Terdapat 6 Fasa Kempen dalam Tempoh Kempen ("Fasa Kempen") seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.
Jadual 1 : Fasa Kempen
Fasa Kempen | Tempoh Fasa Kempen |
---|---|
Fasa 1 | 1 Mei 2024 – 31 Mei 2024 |
Fasa 2 | 1 Jun 2024 – 30 Jun 2024 |
Fasa 3 | 1 Julai 2024 – 31 Julai 2024 |
Fasa 4 | 1 Ogos 2024 – 31 Ogos 2024 |
Fasa 5 | 1 September 2024 – 30 September 2024 |
Fasa 6 | 1 Oktober 2024 – 31 Oktober 2024 |
- Pelanggan Layak harus membuat 3 Transaksi Layak dalam salah satu daripada Fasa Kempen untuk layak mendapatkan satu kemasukan untuk memenangi Hadiah Utama dalam Kempen ini. Hadiah Utama dinyatakan dalam Fasal 4.1.
- Pelanggan Layak boleh memperoleh lebih banyak peluang dengan melakukan pusingan tambahan Transaksi Layak dalam gandaan 3, seperti yang diterangkan dalam senariosenario contoh dalam Jadual 2:
Jadual 2 : Senario
Fasa Kempen | Tempoh Fasa Kempen |
---|---|
Pelanggan Layak A memindahkan RM5 dari akaun M2U mereka ke akaun Tabung Haji M2U mereka sendiri untuk 3 kali dalam tempoh 1 Mei 2024 hingga 31 Mei 2024 (Fasa 1). | 1 Entri untuk Hadiah Utama untuk Fasa 1 |
Pelanggan Layak B memindahkan RM5 dari akaun M2U mereka ke akaun Tabung Haji M2U mereka sendiri, RM5 dari akaun M2U mereka ke 2 akaun Tabung Haji M2U yang berbeza dalam tempoh 1 Julai 2024 hingga 31 Julai 2024 (Fasa 3). | 1 Entri untuk Hadiah Utama untuk Fasa 3 |
Pelanggan Layak C memindahkan RM5 dari akaun M2U mereka ke akaun Tabung Haji M2U mereka sendiri untuk tiga pusingan, dan juga memindahkan RM5 ke 3 akaun Tabung Haji M2U yang berbeza antara 1 Oktober 2024 hingga 31 Oktober 2024 (Fasa 6). | 2 Entri untuk Hadiah Utama di Fasa 6 |
Pelanggan Layak D memindahkan RM5 dari akaun M2U mereka ke akaun Tabung Haji M2U mereka sendiri, RM5 ke 2 akaun Tabung Haji M2U yang berbeza dalam tempoh 1 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024 (Fasa 2). Selepas itu, Pelanggan Layak D juga melakukan 3 Transaksi Layak antara 1 September 2024 hingga 30 September 2024 (Fasa 5). | 1 Entri untuk Hadiah Utama untuk Fasa 2 dan 1 Entri untuk Hadiah Utama untuk Fasa 5 |
- Selain daripada Hadiah Utama, 100 Pelanggan Layak pertama yang melakukan 3 Transaksi Layak dalam tempoh yang dipilih dalam bulan tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3, berhak mendapat ganjaran tambahan, iaitu Hadiah Pulangan Tunai seperti yang dinyatakan dalam Fasal 4.1.
Jadual 3 : Minggu Pulangan Tunai
Minggu Pulangan Tunai | Tarikh |
---|---|
Minggu 1 | 25 Mei 2024 – 30 Mei 2024 |
Minggu 2 | 25 Jun 2024 – 30 Jun 2024 |
Minggu 3 | 25 Julai 2024 – 30 Julai 2024 |
Minggu 4 | 25 Ogos 2024 – 30 Ogos 2024 |
Minggu 5 | 25 September 2024 – 30 September 2024 |
Minggu 6 | 25 Oktober 2024 – 30 Oktober 2024 |
Hadiah & Pemilihan Pemenang
- Hadiah Utama dan Hadiah Pulangan Tunai ("Hadiah-hadiah") diterangkan dalam Jadual 4:
Jadual 4 : Hadiah
Deskripsi | Hadiah | Kuantiti | Catatan |
---|---|---|---|
Hadiah Utama | RM 1,000.00 setiap Pemenang | 18 hadiah Tiga (3) pemenang Hadiah Utama setiap Fasa Kempen. Jumlah keseluruhan lapan belas (18) pemenang Hadiah Utama sepanjang Tempoh Kempen. | Setiap Pelanggan Layak hanya boleh memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama sepanjang Tempoh Kempen. |
Hadiah Pulangan Tunai | RM 5.00 setiap Pemenang | 600 hadiah Seratus (100) pemenang Hadiah Pulangan Tunai setiap Minggu Kempen. Sehingga enam ratus (600) pemenang Hadiah Pulangan Tunai sepanjang Tempoh Kempen. |
Setiap Pelanggan Layak hanya boleh memenangi maksimum dua (2) Hadiah Pulangan Tunai sepanjang Tempoh Kempen, sekali daripada Minggu Pulangan Tunai 1-3, sekali lagi dari Minggu Pulangan Tunai 4-6. |
- Pemenang Hadiah Utama akan dipilih secara rawak dengan menggunakan penjana nombor rawak berdasarkan entri yang diperoleh semasa Tempoh Kempen.
- Pemenang Hadiah Pulangan Tunai akan dipilih berdasarkan seratus (100) Pelanggan Layak pertama yang berjaya menyelesaikan 3 Transaksi Layak semasa Minggu Pulangan Tunai, atas dasar siapa cepat dia dapat. Pemenang Hadiah Utama dan Hadiah Pulangan Tunai secara kolektif dikenali sebagai "Pemenang".
- Setiap Pelanggan Layak hanya boleh memenangi maksimum satu (1) Hadiah Utama dan dua (2) Hadiah Pulangan Tunai sepanjang Tempoh Kempen.
- Maybank berhak untuk menggantikan Hadiah dengan mana-mana item lain yang memiliki nilai pasaran yang serupa atas budi bicaranya yang munasabah dengan pemberitahuan dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemenang yang akan diumumkan di laman web Maybank2u dan/atau platform lain yang dianggap sesuai oleh Maybank.
Pemenuhan Hadiah
- Maybank akan mengenal pasti Pemenang dan mengkreditkan Hadiah tidak melebihi sembilan puluh (90) hari selepas tamat Tempoh Kempen.
- Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis melalui pemberitahuan semasa dari aplikasi MAE dan/atau Surat Langsung Elektronik (EDM) atau mana-mana kaedah komunikasi lain yang Maybank anggap sesuai.
- Pemenang Hadiah Utama mungkin akan dihubungi oleh Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank untuk tujuan pengesahan dan mendapatkan persetujuan mereka untuk menerima hadiah dan untuk menerbitkan nama mereka dan/atau empat digit terakhir nombor telefon atau kad pengenalan mereka di laman web atau halaman media sosial rasmi Maybank sebagai bukti bahawa mereka ialah pemenang.
- Pemenang Hadiah Utama yang disenaraikan akan diminta menjawab satu (1) soalan dengan betul. Jika soalan tidak dijawab dengan betul selepas dua (2) percubaan: ATAU jika Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank tidak dapat menghubungi pemenang selepas dua (2) percubaan, pemenang Hadiah Utama akan dinyatakan tidak layak dan peserta berikutnya akan dihubungi.
- Maybank berhak untuk meminta dokumentasi atau bukti pengenalan, umur, dan tempat kediaman mana-mana pemenang Hadiah Utama.
- Maybank tidak akan meminta sebarang maklumat perbankan seperti nombor kad kredit/kad debit dan Kod Kebenaran Transaksi Bank (TAC), kata laluan akaun, PIN atau kata laluan satu kali (OTP) dari Pemenang untuk menuntut Hadiah atau atas sebarang sebab.
- Pelanggan Layak bertanggungjawab untuk memastikan bahawa butiran hubungan mereka seperti nombor telefon bimbit, alamat emel dan alamat surat menyurat yang diberikan adalah terkini dan dikemas kini dengan Maybank. Kegagalan untuk berbuat demikian mungkin mengakibatkan penolakan dari Kempen bagi Pelanggan Layak dan Maybank tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak bagi sebarang kerugian (termasuk kerugian peluang dan kerugian selanjutnya yang berlaku) sekiranya butiran hubungan Pelanggan Layak dalam rekod Bank tidak dikemaskini.
- Hadiah Pulangan Tunai dan Hadiah Utama akan dikreditkan terus ke dalam Akaun Semasa/Akaun Simpanan Pelanggan Maybank/ Maybank Islamic, oleh itu, Pemenang perlu memastikan akaun mereka aktif, tidak dormant atau ditutup pada masa pulangan tunai/hadiah tunai dikreditkan. Maybank berhak untuk membatalkan pulangan tunai/hadiah tunai jika situasi sedemikian berlaku.
- Maybank tidak akan menyediakan sebarang penggantian atau gantian untuk Hadiah jika Pemenang menolak Hadiah dan/atau menghantar dan/atau meminta pilihan alternatif
- Hadiah yang dianugerahkan kepada Pemenang tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau jenis lain, sama ada sebahagian atau sepenuhnya.
- Sekiranya Pemenang gagal mematuhi mana-mana Terma dan Syarat Kempen ini, Maybank berhak untuk membatalkan Hadiah Pemenang tersebut.
Terma dan Syarat Am
- Maybank tidak akan bertanggungjawab atau dikenakan liabiliti dalam hal kegagalan teknikal apa jua, campur tangan, gangguan, dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan transaksi yang dilakukan melalui aplikasi MAE, aplikasi M2U, Maybank2u Biz, Maybank2u, atau Maybank2e selagi ia tidak disebabkan oleh Maybank.
- Maybank berhak untuk menarik balik, membatalkan, menangguhkan, memanjangkan atau menghentikan Kempen ini lebih awal secara keseluruhan atau sebahagian dan berhak untuk mengubah mana-mana terma dan syarat yang terkandung di sini, dari semasa ke semasa dengan memberikan sekurang-kurangnya dua puluh satu (21) hari pemberitahuan sebelumnya ("hari" akan mempunyai makna yang sama seperti hari kalendar), pemberitahuan itu akan dipaparkan melalui laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my atau melalui mana-mana saluran lain yang dianggap sesuai oleh Maybank. Ia merupakan tanggungjawab Pelanggan Layak untuk dimaklumkan atau mencari pemberitahuan sedemikian yang dipaparkan secara sah
- Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak bersetuju untuk mengakses laman web Maybank2u di www.maybank2u.com.my secara berkala untuk melihat terma dan syarat di sini dan mendapatkan penjelasan dari Maybank sekiranya mana-mana Terma & Syarat tidak difahami sepenuhnya
- Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Layak bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat di sini dan bersetuju dan memberi kebenaran untuk membenarkan data peribadinya dikumpulkan, diproses dan digunakan oleh Maybank mengikut Kenyataan Privasi Maybank, yang boleh dilihat di www.maybank2u.com.my ("Kenyataan Privasi Maybank") dan Borang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) untuk Pelanggan Individu
Selain itu dan tanpa menjejaskan terma dalam Kenyataan Privasi Maybank dan Borang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) untuk Pelanggan Individu, Pelanggan Layak bersetuju dan memberi kebenaran untuk data peribadi atau maklumat mereka dikumpulkan, diproses dan digunakan oleh Maybank untuk:
- tujuan Kempen; dan
- aktiviti pemasaran dan promosi yang dijalankan oleh Maybank, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang bentuk media pengiklanan atau publisiti seperti rakaman audio dan/atau visual yang diterbitkan melalui akhbar, rangkaian televisyen, stesen radio atau media dalam talian dan digital serta di Internet. Aktiviti pemasaran dan promosi termasuk tanpa had penggunaan dan/atau penerbitan sebarang butiran yang disediakan dan/atau berkaitan dengan penyertaan, bahan wawancara serta jawapan dan gambar berkaitan. Dalam hal ini, Pelanggan Layak bersetuju untuk berkerjasama dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti pengiklanan dan publisiti Maybank berkaitan dengan Kempen.
- Maybank dan pegawai, kakitangan, wakil, dan/atau ejen Maybank (termasuk tanpa had, mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Maybank untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak dalam Kempen ini atas sebarang kerugian atau kerosakan langsung, tidak langsung, istimewa atau turutan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau reputasi baik) yang timbul dari atau berkaitan dengan Kempen ini kecuali disebabkan oleh sebarang kecuaian melampau atau ketinggalan oleh Maybank.
- Maybank dan pegawai, kakitangan, wakil, dan/atau ejen Maybank (termasuk tanpa had,mana-mana pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Maybank untuk tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungjawab kepada Pelanggan Layak dalam Kempen ini atas sebarang kerugian atau kerosakan langsung, tidak langsung, istimewa atau turutan (termasuk tetapi tidak terhad kepada, kehilangan pendapatan, keuntungan atau reputasi baik) yang timbul dari atau berkaitan dengan Kempen ini kecuali disebabkan oleh sebarang kecuaian melampau atau ketinggalan oleh Maybank.
- Maybank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kegagalan kewajipan di bawah Kempen ini disebabkan oleh sebarang peristiwa force majeure yang termasuk tetapi tidak terhad kepada perbuatan Tuhan, kerusuhan awam, perbuatan perang, mogok, rusuhan, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, wabak dan pandemik atau sebarang peristiwa dan keadaan apa jua yang berada di luar kawalan munasabah Maybank.
- Maybank boleh membatalkan/menolak sebarang Pelanggan Layak yang tidak mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan di sini dan/atau didapati atau disyaki melakukan pengacauan terhadap Kempen dan/atau proses atau operasi Kempen ini yang termasuk aktiviti penipuan yang melibatkan sebarang tindakan tipu helah dan/atau perdayaan dan/atau penipuan dalam Kempen.
- Terma dan Syarat ini akan tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia.
Untuk maklumat, pertanyaan, maklum balas dan/atau aduan yang berkaitan dengan Kempen ini, sila hubungi talian hotline Khidmat Pelanggan Maybank di 1 300 88 6688 atau +603 7844 3696. Alternatifnya untuk maklum balas dan/atau aduan, Pelanggan Layak boleh memilih untuk menghantar e-mel kepada Maybank melalui borang maklum balas di laman web Maybank2u www.maybank2u.com.my.