Virtual Account Opening (VAO)
Virtual Account Opening (VAO) |
|
---|---|
Soalan | Jawapan |
Apa itu Virtual Account Opening (VAO)? |
VAO ialah permohonan pembukaan akaun secara dalam talian melalui THiJARI. |
Siapakah yang layak untuk memohon VAO? |
Akaun Dewasa
Akaun Kanak-Kanak
|
Bagaimanakah cara memohon VAO melalui THiJARI? |
Akaun Dewasa – Layari www.thijari.com.my dan klik pada “Tiada Akaun TH ? Buka Sekarang” di laman utama THiJARI dan ikuti langkah seterusnya. Akaun kanak-kanak – Penjaga log masuk ke dalam akaun THiJARI. Pilih Menu Pembukaan Akaun Kanak-Kanak dan lengkapkan transaksi tersebut. |
Apakah proses terakhir pengaktifan akaun? |
Akaun Dewasa – Bagi permohonan VAO yang berjaya, anda dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun bersama-sama MyKad dan deposit permulaan RM2.00. Akaun Kanak-Kanak - Bagi permohonan VAO kanak-kanak yang berjaya, penjaga dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun. Dokumen yang diperlukan adalah:
Nota: Permohonan VAO hanya sah dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan VAO dihantar. |
Bilakah pemohon akan mendapat no akaun TH? |
Pemohon akan mendapat no akaun TH setelah proses verifikasi dan pengaktifan akaun berjaya dilaksanakan di Cawangan TH. |
Berapa banyak akaun TH yang boleh dibuka? |
Setiap pemohon hanya dibenarkan membuka SATU (1) akaun TH sahaja. |
Dimanakah pemohon boleh mendapatkan terma dan syarat VAO? |
Pemohon boleh melayari laman sesawang Tabung Haji atau klik pada “Terma & Syarat VAO”. |
Apakah yang akan terjadi apabila saya tidak mengaktifkan akaun dalam tempoh 30 hari? |
Permohonan ini akan TERBATAL dan perlu menghantar semula permohonan VAO ini. |
Adakah terdapat caj yang akan dikenakan bagi permohonan VAO? |
Tiada caj dikenakan. |
Apakah proses semasa berada di cawangan bagi tujuan pengaktifan? |
Keutamaan nombor giliran akan diberikan dan pihak Cawangan TH akan membantu proses pengaktifan akaun pemohon dengan segera. |