- Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah oleh Pemberi Hibah Amanah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan sebarang balasan dan berlakunya ijab dan qabul di antara Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah di mana Harta Hibah Amanah tersebut akan dipegang oleh Pemegang Amanah dan diserahmilikkan kepada Penerima Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah. Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah yang akan dibayar kepada waris Penerima Hibah Amanah dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang dikehendaki oleh Lembaga apabila membuat tuntutan.
- Pemberi Hibah Amanah mestilah seorang pendeposit TH yang mempunyai akaun simpanan dewasa, waras, berumur 18 tahun dan ke atas serta tertakluk kepada terma-terma dan syarat- syarat di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH/ *Penamaan dan Suratikatan Hibah Amanah.
- Pemberi Hibah Amanah diberi pilihan sama ada ingin membuat Hibah Amanah TH secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan ke atas wang simpanannya di TH (‘Harta Hibah Amanah’). Pembahagian Harta Hibah Amanah kepada Penerima Hibah Amanah/*Penerima Namaan adalah di dalam bentuk peratusan (%). Jumlah keseluruhan peratusan bahagian Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan hendaklah berjumlah sebanyak seratus peratus (100%). Sekiranya Pendeposit memilih untuk membuat Hibah Amanah atau gabungan Hibah Amanah dan Penamaan, mana-mana Penamaan yang telah dibuat sebelum ini adalah TERBATAL.
- Baki minimum yang perlu ada di dalam akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit semasa permohonan Hibah Amanah TH dibuat adalah seperti berikut:
(i) Baki minimum sebanyak RM1,200.00 sekiranya Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit tidak membuat pendaftaran haji,(ii) Baki minimum sebanyak RM1,200.00 dan Yuran Pendaftaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH sekiranya pendaftaran haji telah dibuat oleh Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit. (kecuali pendaftaran haji melalui KWSP)
- Pemberi Hibah Amanah/*pendeposit hendaklah mengekalkan baki wang simpanan minimum berjumlah RM1,000.00 sebagai Harta Hibah Amanah (tidak termasuk Yuran Pendaftaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH sekiranya pendaftaran telah dibuat oleh Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit).
- Suratikatan Hibah Amanah mengandungi terma-terma pengisytiharan Hibah Amanah TH daripada Pemberi Hibah Amanah kepada Penerima Hibah Amanah dan Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan ini akan menjadi sebahagian daripada Suratikatan Hibah Amanah tersebut.
- Pemberi Hibah Amanah juga akan menamakan TH sebagai wakilnya yang sah atas namanya dan bertindak bagi pihaknya melalui Surat Kuasa Wakil untuk menjalankan tujuan-tujuan yang dinyatakan di dalam Surat Kuasa Wakil tersebut yang akan menjadi sebahagian daripada Suratikatan Hibah Amanah.
- Melalui pembentukan Hibah Amanah TH ini, Penerima Hibah Amanah bersetuju melantik Pemberi Hibah Amanah sebagai Pemegang Amanah dan TH sebagai Pemegang Amanah Gantian. TH sebagai Pemegang Amanah Gantian adalah bertanggungjawab untuk mentadbir Harta Hibah Amanah selepas kematian Pemberi Hibah Amanah bagi tujuan pentadbiran dan pembahagian Harta Hibah Amanah tersebut tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan, Suratikatan Hibah Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
- Syarat-syarat dan kelayakan Penerima Hibah Amanah:
- Individu warganegara Malaysia ataupun bukan warganegara Malaysia;
- Tiada had bilangan Penerima Hibah Amanah;
- Beragama Islam atau bukan beragama Islam;
- Waras (sekiranya tidak waras, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah); dan
- Tiada had umur (sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun, Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah).
- Syarat-syarat dan kelayakan Penjaga Sah:
- Dilantik untuk Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun dan/ atau tidak waras;
- Penjaga Sah dihadkan kepada penjaga yang sah sahaja berasaskan takrif penjagaan menurut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Penjagaan Budak 1961 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 seperti berikut :-
- Ibu bapa kandung;
- Melalui suratikatan atau wasiat yang telah disahkan melalui Perintah Mahkamah;
- Ibu bapa angkat (dengan pembuktian sijil anak angkat dan sijil pendaftaran pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara); dan
- Mana-mana orang yang mempunyai jagaan yang sah ke atas kanak-kanak itu melalui Perintah Mahkamah.
- Kuasa Penjaga Sah gugur apabila Penerima Hibah Amanah mencapai umur 18 tahun, manakala bagi Penerima Hibah Amanah yang tidak waras kuasa Penjaga Sah tersebut akan kekal selagi mana tidak dipinda dan/ atau dibatalkan.
- Syarat-syarat dan kelayakan Penerima Namaan:
- Penerima Namaan yang dilantik merupakan pentadbir yang akan mentadbir harta *Pendeposit mengikut Hukum Syarak;
- Bilangan Penerima Namaan adalah terhad kepada dua (2) orang sahaja yang merupakan waris mengikut Hukum Syarak;
- Waras; dan
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Sekiranya Pemberi Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Penerima Hibah Amanah, maka peratusan bahagian Harta Hibah Amanah adalah menjadi hak mutlak sepenuhnya Penerima Hibah Amanah dan peratusan bahagian Harta Hibah Amanah tersebut akan dibayar oleh TH kepada Penerima Hibah Amanah tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang terkandung di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan, Suratikatan Amanah dan Surat Kuasa Wakil.
- Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, peratusan bahagian Harta Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah. Peratusan bahagian Harta Hibah Amanah tersebut akan dibayar oleh TH kepada waris Penerima Hibah Amanah mengikut surat kuasa mentadbir Perintah yang dikemukakan oleh Pentadbir waris Penerima Hibah Amanah apabila membuat tuntutan. TH akan membuat penyelarasan ke atas peratusan untuk baki Harta Hibah Amanah yang masih ada kepada Penerima Hibah Amanah lain yang masih hidup (jika terpakai). TH berhak menolak Yuran Pendaftaran Haji dan Bayaran Haji yang telah ditetapkan oleh TH daripada peratusan bahagian Harta Hibah Amanah tersebut sekiranya Pemberi Hibah Amanah telah dipilih oleh TH untuk mengerjakan haji pada tahun semasa.
- Sekiranya kedua-dua Pemberi Hibah Amanah dan Penerima Hibah Amanah meninggal dunia serentak, Harta Hibah Amanah akan dibayar oleh TH mengikut surat kuasa mentadbir Perintah yang dikemukakan oleh Pentadbir waris Penerima Hibah Amanah apabila membuat tuntutan.
14A. Sekiranya di dalam perenggan 14 di atas di dapati Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu daripada Pemberi Hibah Amanah dan warisnya menuntut Harta Hibah Amanah berikutan kematian Penerima Hibah Amanah tersebut, maka terma dan syarat sepertimana di perenggan 13 akan terpakai
- *Sekiranya Pendeposit meninggal dunia, peratusan bahagian Penamaan akan dibayar kepada Penerima Namaan yang merupakan seorang Pentadbir dan mewakili *Pendeposit yang hendaklah membahagikan peratusan bahagian Penamaan mengikut Hukum Syarak.
- *Bayaran peratusan bahagian Penamaan akan dibayar kepada Penerima Namaan Pertama sahaja dan hanya dibayar kepada Penerima Namaan Kedua sekiranya Penerima Namaan Pertama meninggal dunia.
- *Namun, sekiranya Penerima Namaan Kedua ingin membuat tuntutan, Penerima Namaan Kedua mestilah mendapatkan persetujuan Penerima Namaan Pertama seperti di dalam Borang Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH/*Penamaan.
- *Sekiranya kedua-dua Penerima Namaan meninggal dunia terlebih dahulu sebelum *Pendeposit, maka peratusan bahagian Penamaan tersebut akan dikembalikan kepada Pendeposit untuk menguruskannya.
- Sila rujuk bahagian-bahagian berikut untuk terma-terma pemberian dan penerimaan Hibah Amanah TH/*Penamaan:
- Perkara C Bahagian I untuk pengakuan pemberian Hibah Amanah TH/*Penamaan oleh Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit
- Perkara C Bahagian II untuk pengakuan Penerimaan Pemberian Hibah Amanah TH oleh Penerima Hibah Amanah/*Penjaga Sah
- Perkara C Bahagian III untuk pengakuan Penerima Penamaan oleh Penerima Namaan
- Perkara C Bahagian IV untuk pelantikan Pemberi Hibah Amanah sebagai Pemegang Amanah dan pelantikan TH sebagai Pemegang Amanah Gantian oleh Penerima Hibah Amanah
- Perkara C Bahagian V untuk Pengakuan Saksi
- Perkara C Bahagian VI untuk pengakuan memberi maklumat peribadi tertakluk kepada Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
- Hibah Amanah TH yang diisytiharkan oleh Pemberi Hibah Amanah akan terbatal sekiranya Pemberi Hibah Amanah membuat permohonan pembatalan Hibah Amanah TH tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Pembatalan Hibah Amanah TH/*Penamaan atau jika Pemberi Hibah Amanah hilang kelayakan sebagai pendeposit TH tertakluk kepada Akta Tabung Haji1995 (Akta 535) dan peraturan-peraturan TH.
- Penerima Hibah Amanah, *Penerima Namaan dan Penjaga Sah adalah digalakkan membuka akaun simpanan di TH.
- Dalam keadaan Pemberi Hibah Amanah hilang keupayaan mental, pengeluaran wang daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah oleh wakil dibenarkan dengan syarat mendapat persetujuan secara bertulis daripada semua waris yang berhak berdasarkan Hukum Syarak dan tertakluk kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan peraturan-peraturan TH serta Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan.
- Pemberi Hibah Amanah tidak boleh membuat pindaan dan/ atau pembatalan Hibah Amanah TH tanpa mendapat persetujuan Penerima Hibah Amanah kecuali Penerima Hibah Amanah adalah anak kandung dan/ atau cucu kandung Pemberi Hibah Amanah tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah membuat pengesahan bahawa anak kandung dan/ atau cucu kandung masih hidup. Syarat-syarat pindaan dan/ atau pembatalan Hibah Amanah TH adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Borang Pindaan Hibah Amanah TH/*Penamaan dan Borang Pembatalan Hibah Amanah TH/*Penamaan, mana-mana yang berkenan.
- Untuk Penamaan, Pendeposit boleh membuat pindaan dan/ atau pembatalan Penamaan tanpa perlu mendapatkan persetujuan Penerima Namaan.
- Yuran-yuran berkenaan dengan Hibah Amanah TH ini akan dikenakan kepada Pemberi Hibah Amanah seperti berikut:
- Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan: Yuran Pendaftaran RM190.00.
- Permohonan pindaan Hibah Amanah TH/*Penamaan: Yuran Pindaan RM10.00 bagi setiap pindaan.
- Permohonan pembatalan Hibah Amanah TH/*Penamaan: Yuran Pembatalan RM70.00
- Bayaran Yuran Tuntutan Pengeluaran Hibah Amanah TH adalah pada kadar satu peratus (1%) daripada baki wang Pemberi Hibah Amanah atau maksimum Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM10, 000.00). Bayaran tersebut akan ditolak daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah.
- Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti berikut semasa membuat permohonan Hibah Amanah TH/ *Penamaan:
- Dokumen Pengenalan Diri Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit (asal dan salinan diakui sah);
- Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/*Penerima Namaan (salinan diakui sah);
- Sijil Kelahiran/ Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun (salinan diakui sah);
- Dokumen sokongan Penerima Hibah Amanah yang tidak waras (salinan diakui sah),
- Untuk tujuan tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH/*Penamaan setelah kematian Pemberi Hibah Amanah/*Pendeposit, Penerima Hibah Amanah (atau waris untuk keadaan menurut perenggan 13 di atas)/ Penjaga Sah/*Penerima Namaan perlu hadir di mana-mana pejabat cawangan TH dengan mengemukakan dokumen-dokumen (asal dan salinan yang diakui sah) berikut:-
- Dokumen Pengenalan Diri Penerima Hibah Amanah/ Penjaga Sah/*Penerima Namaan;
- Sijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara Pemberi Hibah Amanah;
- Sijil Kelahiran/ Sijil Pengangkatan bagi Penerima Hibah Amanah yang berumur di bawah 18 tahun dan/ atau tidak waras;
- Sijil Kematian/ Laporan Kematian Luar Negara bagi Penerima Hibah Amanah/*Penerima Namaan yang telah meninggal dunia; dan
- Surat Kuasa Mentadbir/ Perintah (sekiranya Penerima Hibah Amanah telah meninggal dunia)
- Salinan dokumen hendaklah diakui sah oleh mana-mana orang seperti berikut:
- Penghulu;
- Ketua Masyarakat (Sabah dan Sarawak Sahaja);
- Majikan tempat bekerja;
- Pentadbiran tempat belajar;
- Pesuruhjaya Sumpah;
- Pegawai TH yang diberi kuasa; atau
- Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah & Sarawak
- Kelayakan saksi pada Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan seperti berikut:
- Individu yang beragama Islam, berumur 18 tahun ke atas dan waras; atau
- Anggota TH yang diberi kuasa.
- Kelayakan saksi untuk Surat Kuasa Wakil:
- Majistret;
- Jaksa Pendamai;
- Pentadbir Tanah;
- Notari Awam;
- Pesuruhjaya Sumpah; atau
- Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya.
(Nota: Bagi Negeri Sabah dan Sarawak kelayakan saksi adalah terhad kepada Majistret, Notari Awam dan Pesuruhjaya Sumpah) - Kelayakan saksi untuk Suratikatan Hibah Amanah TH
- Anggota TH yang diberi kuasa.
- Anggota TH yang diberi kuasa.
- Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada pindaan dan TH berhak pada bila-bila masa yang difikirkan sesuai membuat pindaan tanpa memberikan sebarang notis kepada pelanggan.