Terma Dan Syarat Sadaqah
Terma dan Syarat ini membentangkan terma-terma dan syarat-syarat melakukan transaksi Sadaqah melalui portal THiJARI dan aplikasi THiJARI.
- DEFINISI
- Sadaqah: Istilah Islam yang bermaksud "derma secara sukarela". Konsep ini merangkumi sebarang tindakan memberi atas dasar belas kasihan, kasih sayang, persahabatan, kewajipan agama atau kemurahan hati.
- Tabung Kebajikan Jemaah Haji Malaysia (“TKJHM”): TKJHM adalah tabung yang dikategorikan sebagai Kumpulan Wang TH yang ditadbir dan dikawal oleh TH tertakluk kepada Seksyen 15(2) Akta Tabung Haji 1995 di mana objektif penubuhan TKJHM ialah untuk menampung kebajikan jemaah haji mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa TKJHM. Garis panduan ini menjelaskan penggunaan TKJHM yang antara lain merangkumi perlindungan, pengawasan dan kebajikan jemaah haji serta perkhidmatan masyarakat umum.
- Tabung Was'ul Khair Tetamu Allah (“TWT”): TWT ditubuhkan pada tahun 1999 oleh TH adalah tabung yang dikategorikan sebagai Kumpulan Wang TH yang ditadbir dan dikawal oleh TH tertakluk kepada Seksyen 15(2) Akta Tabung Haji 1995 di mana objektif penubuhan TWT ialah untuk menampung sebahagian daripada kos menunaikan haji untuk jemaah haji yang telah dipilih untuk melaksanakan haji pada musim haji tertentu dan memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan yang melayakkan mereka untuk menerima bantuan tersebut.
- Sadaqah: Istilah Islam yang bermaksud "derma secara sukarela". Konsep ini merangkumi sebarang tindakan memberi atas dasar belas kasihan, kasih sayang, persahabatan, kewajipan agama atau kemurahan hati.
- PEMAKAIAN DAN PENERIMAAN TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT
- Terma dan Syarat ini terpakai kepada semua transaksi Sadaqah yang dilakukan oleh pendeposit TH melalui portal THiJARI dan aplikasi THiJARI.
- Dengan melakukan transaksi Sadaqah, pendeposit TH bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini.
- Dengan melakukan transaksi Sadaqah, pendeposit TH bersetuju dengan tak boleh batal untuk terikat oleh Notis Privasi TH yang boleh didapati di www.tabunghaji.gov.my ini sejauh mana melibatkan pemprosesan data peribadi pendeposit TH. Pendeposit TH hendaklah membaca dan memahami Notis Privasi TH di samping Terma dan Syarat ini sebelum meneruskan akses melalui portal THiJARI dan aplikasi THiJARI. Untuk mengelakkan keraguan, anda bersetuju bahawa Notis Privasi TH tersebut akan dianggap telah digabungkan ke dalam Terma dan Syarat ini secara rujukan.
- Terma dan Syarat ini terpakai kepada semua transaksi Sadaqah yang dilakukan oleh pendeposit TH melalui portal THiJARI dan aplikasi THiJARI.
- TRANSAKSI SADAQAH
- Dengan melakukan transaksi Sadaqah, pengguna bersetuju untuk memindahkan sejumlah wang daripda akaun simpanan TH mereka sama ada ke dalam TWT atau TKJHM mengikut budi bicara mereka sendiri.
- Pendeposit TH bersetuju bahawa setiap transaksi Sadaqah yang berjaya tidak boleh ditarik balik/dipulangkan kembali.
- Untuk setiap transaksi Sadaqah yang berjaya, TH akan memberikan resit yang boleh dimuat turun oleh pendeposit TH.
- Pemberian derma dalam bentuk transaksi Sadaqah ini tidak layak mendapatkan tolakan cukai.
- Dengan melakukan transaksi Sadaqah, pengguna bersetuju untuk memindahkan sejumlah wang daripda akaun simpanan TH mereka sama ada ke dalam TWT atau TKJHM mengikut budi bicara mereka sendiri.
- PERUBAHAN
- TH mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
- TH berhak untuk tidak melaksanakan dan/atau membatalkan transaksi pendeposit TH atas apa-apa sebab pun jua. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada, jika: transaksi melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini;
- transaksi bercanggah dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan;
- transaksi tidak konsisten dengan apa-apa dasar TH dan peraturan lain yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
- terdapat keperluan untuk mencegah transaksi tanpa kebenaran, penipuan, penyalahgunaan, tindakan jenayah, kesalahan atau pelanggaran mana-mana undang- undang atau peraturan yang TH mengetahui atau mempunyai alasan untuk mempercayai telah atau akan dilakukan.
- transaksi bercanggah dengan Terma dan Syarat yang dinyatakan;
- TH mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.
- UNDANG-UNDANG & BIDANG KUASA YANG MENGAWAL
- Penggunaan transaksi Sadaqah hendaklah, pada setiap masa, dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Pendeposit TH bersetuju untuk berserah dan terikat oleh bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia. Pelaksanaan kewajipan TH di bawah Terma dan Syarat ini adalah sentiasa tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa.

- UMUM
- Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah Terma dan Syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran Terma dan Syarat ini.
- Sekiranya mana-mana peruntukan Terma dan Syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan Terma dan Syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama- sama peruntukan lain akan berkuat kuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.
- Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah Terma dan Syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambil kira dalam tafsiran Terma dan Syarat ini.
- PENGECUALIAN
- Pendeposit TH dengan ini bersetuju bahawa, melainkan jika diperuntukkan sebaliknya dengan nyata di dalam Terma dan Syarat ini dan setakat yang dibenarkan di bawah mana- mana undang-undang dan peraturan-peraturan, TH tidak akan, dalam apa-apa keadaan pun bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, kehilangan penggunaan, kehilangan nama baik, kehilangan simpanan atau mana-mana kehilangan berbangkit, khas, sampingan, tidak langsung, berbentuk teladan atau punitif lain yang dialami oleh pendeposit TH disebabkan apa-apa kelewatan dalam perlaksanaan atau ketidaklaksanaan atau pelanggaran mana-mana kewajipan TH sama ada yang timbul daripada apa-apa kecuaian, pelanggaran Terma dan Syarat di dalam ini atau walau bagaimanapun jua dan / atau timbul daripada tindakan atau peninggalan TH.

- LIABILITI & INDEMNITI
- Pendeposit TH dengan ini bersetuju secara muktamad untuk bertanggungjawab dan untuk menanggung rugi dan terus menanggung rugi TH daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk yuran guaman yang mungkin ditanggung oleh TH berkaitan dengan atau yang timbul daripada Terma dan Syarat ini oleh pendeposit TH walau bagaimanapun disebabkan.