Haji
TH Anjur Kursus Perdana Haji Peringkat Negeri Selangor & Majlis Persembahan Zakat TH 2018
Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menganjurkan Majlis Penyempurnaan Kursus Perdana Haji Bagi Musim 1440H/2019M Peringkat Negeri Selangor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan mencemar duli untuk hadir di majlis tersebut yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
TH Anjur Kursus Perdana Haji Secara Berperingkat Di Seluruh Negara
SHAH ALAM, 21 MEI 2022: Lembaga Tabung Haji (TH) menganjurkan Kursus Perdana Haji Musim 1442H/2022M secara berperingkat di seluruh negara bermula 15 Mei sehingga 29 Mei 2022.
Kursus Perdana Haji merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus haji yang dikendalikan oleh TH di seluruh Malaysia. Seramai 2,700 jemaah dari Selangor menyertai Kursus Perdana Haji 2022 yang dianjurkan oleh TH dan Jabatan Agama Islam Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
TH Anjur Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-39
SEPANG, 8 NOVEMBER 2022- Lembaga Tabung Haji (TH) telah memulakan persediaan bagi Musim Haji 1444H dengan mengadakan Majlis Perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan (MHPK) Kali Ke-39 di Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA hari ini.
Muzakarah Haji yang bertemakan ‘Akidah Sejahtera Asas Kemabruran Haji’ berlangsung selama tiga hari bermula dari 7-9 November 2022 dan dirasmikan oleh Pengerusi TH, YBhg Tan Sri Azman Haji Mokhtar.