SUARA TaHa MEKAH...AKU DATANG
Maklumat Pertandingan
- Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 hingga 12 tahun sahaja dengan syarat mempunyai akaun TH.
- Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
- Peserta perlu memuatnaik video kandungan kreatif di media sosial (Facebook, Instagram, Tiktok) bermula 1 Jun sehingga 11 Julai 2022.
Notis Privasi
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta telah bersetuju untuk TH memproses maklumat peribadi yang dihantar bagi tujuan pertandingan. Ini termasuk mendedahkan nama peserta kepada masyarakat umum apabila peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama dan lainlain makl umat peribadi peserta tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
- Pihak TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tutup pertandingan.
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju dan faham dengan terma & syarat.
Hadiah Dan Keputusan Pertandingan
- Hadiah pertandingan:
PEMENANG |
HADIAH |
TEMPAT PERTAMA |
RM500 + Cenderahati Kelab TaHa |
TEMPAT KEDUA |
RM300 + Cenderahati Kelab TaHa |
TEMPAT KETIGA |
RM200 + Cenderahati Kelab TaHa |
SAGUHATI X 10 |
RM100 + Cenderahati Kelab TaHa |
- Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang memenuhi syarat, kandungan video yang menarik dan caption yang kreatif.
- Pemenang akan diumumkan melalui media sosial TH selepas 31 Julai 2022.
- Keputusan pemenang adalah muktamad. TH berhak meminda tarikh pengumuman pemenang tanpa notis.
Syarat Pertandingan
- Peserta perlu memuatnaik video berdurasi tidak lebih 2 minit di media sosial (Facebook / Instagram / Tiktok).
- Peserta perlu menghasilkan video kreatif bertemakan Mekah…Aku Datang yang menceritakan tentang impian peserta untuk menunaikan ibadah haji.
- Video yang dimuatnaik perlu disertakan dengan caption yang kreatif dan hashtag #SuaraTaHa #MekahAkuDatang #KelabTaHa.
- Peserta juga perlu tag seorang rakan atau keluarga yang merupakan ahli TaHa Cilik di ruangan caption.
- Pastikan video dimuatnaik sebagai posting yang dapat dilihat umum dan akaun media sosial yang digunakan ditetapkan sebagai Public.
- Peserta perlu menghantar pautan (link) video yang dimuatnaik di media sosial ke emel kelabtaha@lth.gov.my dan sertakan maklumat berikut:
Nama :
No. Akaun TH :
No. Telefon :
Link Video :
- Penyertaan perlu dimuatnaik di media sosial dan dihantar ke emel Kelab TaHa selewat-lewatnya pada 11 Julai 2022, jam 12.00 tengah malam.