Soalan-soalan lazim berkaitan Hibah Amanah. (Muat turun dalam bentuk format pdf)
|
SOALAN |
JAWAPAN |
---|---|---|
1 |
Apakah itu Hibah Amanah TH? |
Hibah Amanah TH adalah pemberian Harta Hibah Amanah daripada akaun simpanan TH oleh Pemberi Hibah Amanah semasa hidupnya kepada Penerima Hibah Amanah atas dasar kasih sayang, secara sukarela, tanpa paksaan dan tanpa mengenakan |
2 |
Mengapa TH menawarkan produk Hibah Amanah TH? |
|
3 |
Sebelum wujudnya Hibah Amanah TH, bagaimana TH menguruskan akaun simpanan TH Pendeposit yang telah meninggal dunia? |
|
4 |
Apakah peranan dan tanggungjawab TH dalam perjanjian Hibah Amanah TH? |
Penerima Hibah Amanah melantik Pemberi Hibah Amanah sebagai Pemegang Amanah. Namun, selepas kematian Pemberi Hibah Amanah, TH berperanan sebagai Pemegang Amanah Gantian untuk mentadbir dan membahagikan Harta Hibah Amanah (wang simpanan TH) yang dihibahkan oleh Pemberi Hibah Amanah kepada Penerima Hibah Amanah. |
5 |
Dimanakah permohonan Hibah Amanah TH ini boleh dilakukan? |
Permohonan Hibah Amanah TH boleh dilakukan di mana-mana pejabat cawangan TH di seluruh Malaysia. |
6 |
Adakah Penerima Hibah Amanah perlu mengesahkan persetujuan pembahagian Hibah Amanah TH ini? |
Pemberi Hibah Amanah perlu mendapatkan persetujuan daripada Penerima Hibah Amanah sebelum pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat kerana Ijab dan Qabul (sighah) di antara kedua-dua pihak adalah wajib. |
7 |
Bolehkah Pemberi Hibah Amanah menggunakan wang dalam akaun simpanan TH setelah membuat permohonan Hibah Amanah TH? |
Boleh. Pemberi Hibah Amanah boleh menggunakan Harta Hibah Amanah tersebut untuk faedah dirinya, membuat urus niaga dan mendapat semua manfaat yang berkaitan dengan Harta Hibah Amanah tersebut selama mana Pemberi Hibah Amanah/Penerima |
8 |
Bagaimana jika Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah? |
Sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah, Harta Hibah Amanah tersebut akan menjadi harta pusaka Penerima Hibah Amanah. Harta Hibah Amanah tersebut akan dibayar oleh TH kepada waris |
9 |
Siapakah yang boleh membuat tuntutan Hibah Amanah TH tersebut jika Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu sebelum Pemberi Hibah Amanah? |
Waris kepada Penerima Hibah Amanah boleh membuat tuntutan ke atas Harta Hibah Amanah TH tersebut di mana-mana pejabat cawangan TH. |
10 |
Bolehkah Pemberi Hibah Amanah mendaftar Hibah Amanah TH sekiranya beliau telah pun membuat Penamaan bagi akaun simpanannya di TH? |
Boleh, tetapi Penamaan yang sedia ada akan terbatal. Hibah Amanah TH memberi pilihan kepada Pemberi Hibah Amanah sama ada ingin membuat Hibah Amanah TH secara keseluruhan ataupun gabungan Hibah Amanah dan Penamaan ke atas wang |
11 |
Bolehkan orang yang tidak waras dan/atau berumur di bawah 18 tahun menjadi Penerima Hibah Amanah? |
Boleh, tetapi Pemberi Hibah Amanah hendaklah melantik Penjaga Sah sekiranya Penerima Hibah Amanah berumur di bawah 18 tahun dan/atau tidak waras, Penjaga Sah bertanggungjawab ke atas segala transaksi yang terlibat untuk kepentingan dan kebajikan Penerima Hibah Amanah tersebut. Apabila Penerima Hibah Amanah mencapai umur 18 tahun, maka gugurlah kuasa sebagai Penjaga Sah. Manakala bagi Penerima Hibah yang tidak waras, kuasa sebagai Penjaga Sah adalah kekal selagi tidak dipinda |
12 |
Pengagihan Hibah Amanah TH dilaksanakan mengikut amaun atau peratusan? |
|
13 |
Apakah dokumen yang perlu dikemukakan untuk membuat permohonan dan tuntutan Hibah Amanah TH ? |
(i) Dokumen yang perlu dikemukakan oleh Pendeposit semasa membuat permohonan Hibah Amanah TH
ii) Dokumen yang perlu dikemukakan oleh Penerima Hibah Amanah/Waris Penerima Hibah Amanah semasa membuat tuntutan pengeluaran Hibah Amanah TH
|
14 |
Adakah Penerima Hibah Amanah akan menerima notifikasi selepas permohonan Hibah Amanah TH didaftarkan? |
Tidak. Adalah menjadi tanggungjawab Pemberi Hibah Amanah untuk memaklumkan kepada Penerima Hibah Amanah. |
15 |
Bolehkah Penerima Hibah Amanah terdiri daripada kalangan badan kebajikan/ yayasan/ pertubuhan atau institusi tertentu? |
Tidak boleh. Penerima Hibah Amanah TH mestilah terdiri daripada individu yang bukandaripada kalangan badan kebajikan/yayasan/pertubuhan atau institusi tertentu. |
16 |
Semasa membuat permohonan Hibah Amanah TH, berapakah baki minima yang perlu ada di dalam Akaun TH? |
Baki minima Akaun TH hendaklah berjumlah RM1,200.00 (termasuk yuran pendaftaran) |
17 |
Mengapakah perlu ada baki minima RM1,000.00 (tidak termasuk yuran pendaftaran) di dalam akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah setelah mendaftar Hibah Amanah TH? |
Pemberi Hibah Amanah mestilah pada setiap masa mengekalkan baki wang simpanan minimum berjumlah RM1,000.00 bagi memastikan wujudnya Harta Hibah Amanah apabila berlakunya kematian Pemberi Hbah Amanah / Penerima Hibah Amanah. |
18 |
Bolehkah Pemberi Hibah Amanah meminda dan/atau membatal Hibah Amanah TH yang didaftarkan? |
Boleh, sekiranya Penerima Hibah Amanah itu terdiri daripada anak kandung/cucu kandung kepada Pemberi Hibah Amanah.
|
19 |
Bagaimanakah Pemberi Hibah Amanah boleh meminda Hibah Amanah TH? |
i) Pembatalan salah seorang atau lebih Penerima Hibah Amanah/Penjaga Sah/
|
20 |
Bagaimanakah Pemberi Hibah Amanah boleh membatalkan Hibah Amanah TH? |
Hibah Amanah TH boleh dibatalkan dengan melengkapkan Borang Pembatalan Hibah Amanah TH/*Penamaan tertakluk kepada terma-terma & syarat-syarat yang telah ditetapkan. |
21 |
Bolehkah akaun simpanan Pemberi Hibah Amanah TH ditutup selepas pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat? |
Boleh sekiranya Pemberi Hibah Amanah membuat pembatalan Hibah Amanah TH terlebih dahulu sepertimana yang dinyatakan pada bilangan 19 dan 21 di atas. |
22 |
Apakah yang akan berlaku jika Pemberi Hibah Amanah muflis? |
Hibah Amanah TH tidak terbatal tetapi TH akan menguruskan Hibah Amanah TH tersebut mengikut syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh TH tertakluk kepada undang-undang kebankrapan yang berkuatkuasa. TH berhak untuk membekukan Harta |
23 |
Apakah yang akan berlaku jika Pemberi Hibah Amanah hilang keupayaan mental? |
Dalam keadaan Pemberi Hibah Amanah hilang keupayaan mental, pengeluaran wang daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah oleh wakil dibenarkan dengan syarat mendapat persetujuan secara bertulis daripada semua waris yang berhak berdasarkan Hukum Syarak dan tertakluk kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan peraturan-peraturan TH yang berkuatkuasa serta Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan |
24. Apakah perbezaan antara Penamaan dan Hibah Amanah TH?
Diskripsi | Penamaan | Hibah Amanah TH |
---|---|---|
Kelayakan Pemohon/Pemberi Hibah Amanah |
|
|
Kelayakan Penerima Namaan/ Penerima Hibah Amanah |
|
|
Dokumen Sokongan Untuk Permohonan |
|
|
Bila Pembayaran Berlaku |
|
|
penerima Pembayaran Penamaan/Hibah Amanah TH |
Wang simpanan Pendeposit akan dibayar kepada Penerima Namaan yang dinamakan di dalam Borang Penamaan yang akan membuat pembahagian mengikut Hukum Syarak (Faraid). |
Harta Hibah Amanah akan dibayar kepada Penerima Hibah Amanah/ *Penjaga Sah yang dinamakan di dalam Borang Permohonan Hibah Amanah TH/*Penamaan atau kepada waris Penerima Hibah Amanah sekiranya Penerima Hibah Amanah meninggal dunia terlebih dahulu. |
Pendaftaran |
|
|
Kemaskini Maklumat |
|
|
Pindaan |
|
|
Pembatalan |
|
|
Tempoh Berkuatkuasa | Serta Merta | Serta Merta |
Kos Permohonan | Tiada | RM190.00 |
Kos Pembatalan | Tiada | RM70.00 |
Kos Pindaan | Tiada | RM10.00 |
Kos Tuntutan | Tiada | Sebanyak 1% daripada baki wang simpanan TH Pemberi Hibah Amanah atau maksimum RM 10,000.00 Bayaran tersebut akan ditolak daripada akaun simpanan TH Pemberi Hibah Amanah. |
Kos Kemaskini | Tiada | Tiada |
Had bilangan Penerima Namaan / Penerima Hibah Amanah |
2 orang Penerima Namaan Sahaja. | Tiada Had Bilangan. |
Tempoh proses untuk pembayaran Pusaka/Hibah Amanah TH |
14 hari bekerja. | 30 hari bekerja. |
Bilakah tuntutan boleh dibuat? |
|
|
CONTOH SITUASI 1:
Pemberi Hibah Amanah Meninggal Dunia:
En. Abu (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH pada 25 Mac 2015 dan menamakan 2 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Aminah dihibahkan sebanyak 50% dan En. Amir sebanyak 50%. Pada 31 Mac 2015 En. Abu meninggal dunia. Jumlah baki simpanan di TH pada ketika itu adalah RM500, 000.00. Berapakah amaun yang akan diterima oleh kedua-dua penerima Hibah tersebut?
Cara pengiraan proses penutupan akaun Pemberi Hibah Amanah (En. Abu):
- Baki akaun simpanan TH semasa tuntutan dibuat = RM500,000.00
Tolak
- Yuran Tutup Akaun RM5.00
- 1 % Yuran Tuntutan (1% x RM499,995.00) = RM4,999.95
RM500,000.00.00 – RM5.00 – RM4,999.95 = RM 494,995.05
Jumlah yang akan diagihkan kepada Penerima Hibah Amanah adalah RM494, 995.05
a) Jumlah yang diterima oleh Cik Aminah
Bahagian yang diterima = 50%
Baki akaun En Abu= RM494, 995.05
Oleh itu,
50% xRM494, 995.05=RM247, 497.52
b) Jumlah yang diterima oleh En. Amir
Bahagian yang diterima = 50%
Baki akaun En Abu = RM494, 995.05
Oleh itu,
50% x RM494, 995.05= RM247, 497.52
CONTOH SITUASI 2:
Pemberi Hibah Amanah Meninggal Dunia:
En Hussaini (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH pada 1 Januari 2015 dan menamakan 3 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Zulaika dihibahkan sebanyak 20%, En Ridzuan sebanyak 20% dan En Rafizi dihibahkan dengan kadar peratusan 30%. Selain itu, beliau juga telah menamakan anak beliau, Mohd Haziq sebagai Penerima Namaan bagi baki lebihan iaitu sebanyak 30%. Pada 1 April 2015, En. Hussaini telah meninggal dunia. Jumlah baki akaun simpanan TH En. Hussaini pada ketika itu adalah RM2 juta. Berapakah amaun tuntutan yang akan diterima oleh ketiga - tiga Penerima Hibah Amanah dan seorang Penerima Namaan yang telah dinamakan berdasarkan
situasi di atas?
Cara pengiraan proses penutupan akaun Pemberi Hibah Amanah (En Hussaini):
- Baki akaun simpanan TH semasa tuntutan dibuat = RM2,000,000.00
Tolak
- Yuran Tutup Akaun RM5.00
- 1 % Yuran Tuntutan (1% x RM1,999,995.00) = RM19,999.95 (Kadar Maksima RM10, 000.00)
RM2, 000,000.00 – RM5.00 – RM10,000.00 = RM1, 989,995.00
Jumlah yang akan diagihkan kepada Penerima Hibah Amanah dan Penerima Namaan adalah RM1, 989,995.00
a) Jumlah yang diterima oleh Cik Zulaika
Bahagian yang diterima = 20%
Baki akaun En Hussaini = RM1, 989,995.00
Oleh itu,
20% x RM1, 989,995.00 = RM397, 999.00
b) Jumlah yang diterima oleh En Ridzuan
Bahagian yang diterima = 20%
Baki akaun En Hussaini = RM1, 989,995.00
Oleh itu,
20% x RM1, 989,995.00= RM397, 999.00
c) Jumlah yang diterima oleh En Rafizi
Bahagian yang diterima = 30%
Baki akaun En Hussaini = RM1, 989,995.00
Oleh itu,
30% x RM1, 989,995.00= RM596,998.50
d) Jumlah yang diterima oleh Mohd Haziq (Penerima Namaan)
Bahagian yang diterima = 30%
Baki akaun En Hussaini = RM1, 989,995.00
Oleh itu,
30% x RM1, 989,995.00= RM596, 998.50
CONTOH SITUASI 3:
Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia:
En. Hassan (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH pada 1 Januari 2015 dan menamakan 2 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Noni dihibahkan sebanyak 70%, En. Zul sebanyak 30%. Pada 1 April 2015 Cik Noni meninggal dunia dan waris Cik Noni datang ke TH untuk membuat tuntutan. Pada ketika itu baki Akaun TH En. Hassan adalah berjumlah RM50,000.00 (dengan andaian baki akaun semasa kematian dan tuntutan adalah sama)
Berapakah amaun tuntutan yang akan diterima oleh waris Cik Noni?
Jumlah yang diterima oleh waris Cik Noni Bahagian yang dituntut = 70%
Baki akaun En Hassan = RM50, 000.00
Oleh itu,
Tolak
Yuran Tutup Akaun RM5.00
RM50, 000.00 – RM5.00 = RM49, 995.00
Jumlah yang akan diagihkan kepada Waris Penerima Hibah adalah RM49, 995.00
70% x RM49, 995.00= RM34, 996.50
Tolak
- 1% Yuran Tuntutan (1% x RM34, 996.50) = RM349.96
RM34, 996.50– RM349.96= RM34, 646.54
Amaun diterima = RM34,646.54
CONTOH SITUASI 4:
Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia Dan Penerima Namaan Masih Hidup:
En. Hussaini (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH dan menamakan 3 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Zulaika dihibahkan sebanyak 20%, En. Ridzuan sebanyak 20% dan En. Rafizi dihibahkan sebanyak 30%. Selain itu, beliau juga telah menamakan anak beliau, Mohd Haziq sebagai Penerima Namaan bagi baki lebihan iaitu sebanyak 30%. Setelah sebulan pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat, Cik. Zulaika meninggal dunia dan waris beliau telah menuntut bahagian atas agihan peratusan beliau sebanyak 20%. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En Hussaini adalah sebanyak RM8 juta. 6 bulan kemudian, En. Ridzuan pula meninggal dunia dan waris beliau juga telah membuat tuntutan ke atas bahagian yang diperuntukkan. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En Hussaini adalah sebanyak RM4 juta. Setelah 5 tahun, En Rafizi meninggal dunia dan waris beliau telah membuat tuntutan ke atas bahagian yang telah diberikan. Jumlah baki akaun En.Hussaini pada ketika itu adalah sebanyak RM10 juta. Berapakah jumlah tuntutan yang akan diterima oleh ketiga- tiga waris Penerima Hibah Amanah berdasarkan situasi di atas?
a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Zulaika
Bahagian yang dituntut = 20%
Baki akaun En Hussaini = RM8 juta
Oleh itu,
Tolak
- Yuran Tutup Akaun RM5.00
RM8,000,000.00 – RM5.00 = RM7,999,995.00
Jumlah yang akan diagihkan kepada Waris Penerima Hibah adalah RM7, 999,995.00
20% x RM7, 999,995.00 = RM1, 599,999.00
Tolak
- 1% Yuran Tuntutan (1% x RM1,599,999.00) = RM15,999.99
(Kadar Maksima RM10, 000.00)
RM1, 599,999.00 – RM10, 000.00 = RM1, 589,999.00
Amaun diterima = RM1, 589,999.00
b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Ridzuan
Bahagian yang dituntut = 20% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Zulaika
peratusan ini telah menjadi 25%.
{20% / 80% (100% - 20% peratus yang telah dituntut) x 100% = 25%}
Baki akaun En Hussaini = RM4 juta
Oleh itu,
RM4, 000,000.00 - RM5.00 = RM3, 999,995.00
25% x RM3, 999,995.00= RM999, 998.75
Nota: Memandangkan yuran tuntutan maksimum bagi satu akaun Hibah Amanah TH ialah RM10, 000.00 dan yuran tuntutan ini tidak akan dikenakan lagi kepada Akaun TH Pemberi Hibah Amanah.
c) Jumlah yang diterima oleh waris En. Rafizi
Bahagian yang dituntut = 30% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Zulaika
dan En Ridzuan peratusan ini telah menjadi 50%
{30% / 60% (100% - 40% peratus yang telah dituntut) x 100% = 50%}
Baki akaun En Hussaini = RM10 juta
Oleh itu,
RM10, 000,000.00 - RM5.00 = RM9, 999,995.00
50% x RM9, 999,995.00 = RM4, 999,997.50
Nota: Memandangkan yuran tuntutan maksimum bagi satu akaun Hibah Amanah TH ialah RM10, 000.00 dan yuran tuntutan ini tidak akan dikenakan lagi kepada Akaun TH Pemberi Hibah Amanah.
CONTOH SITUASI 5:
Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia:
En. Adnan (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH dan menamakan 3 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Nurul dihibahkan sebanyak 20%, En. Amirul sebanyak 20% dan En. Hamdan dihibahkan dengan kadar 60%. Setelah sebulan pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat, Cik Nurul meninggal dunia dan waris beliau telah menuntut bahagian atas agihan peratusan beliau sebanyak 20%. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En Adnan adalah sebanyak RM800,000.00. 6 bulan kemudian, En. Amirul pula meninggal dunia dan waris beliau juga telah membuat tuntutan ke atas bahagian yang diperuntukkan. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En. Adnan adalah sebanyak RM2 juta. Sebulan selepas En. Amirul meninggal dunia, En. Hamdan pula meninggal dunia. Pada ketika itu jumlah baki Akaun En. Adnan adalah sebanyak RM50,000.00. Berapakah jumlah tuntutan yang akan diterima oleh ketiga-tiga waris Penerima Hibah Amanah tersebut berdasarkan situasi di atas?
a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Nurul
Bahagian yang dituntut = 20%
Baki akaun En. Adnan = RM800, 000.00
RM800, 000.00 – RM5.00 = RM799, 995.00
Oleh itu,
20% x RM799,995.00= RM159,999.00
1% Yuran Tuntutan x RM159, 999.00 = RM1,599.99
RM159,999.00 - RM1,599.99 = RM158, 399.01
b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Amirul
Bahagian yang dituntut = 20% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Nurul
peratusan ini telah menjadi 25%.
{20% / 80% (100% - 20% peratus yang telah dituntut) x 100% = 25%}
Baki akaun En. Adnan = RM2 juta
RM2,000,000.00 – RM5.00 = RM1,999,995.00
Oleh itu,
25% x RM1, 999, 995.00= RM499, 998.75
1% Yuran Tuntutan x RM499, 998.75 = RM4, 999.98
RM499,998.75 – RM4,999.98 = RM494, 998.77
c) Jumlah yang diterima oleh waris En. Hamdan
Bahagian yang dituntut = 60% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Nurul dan
En. Amirul peratusan ini telah menjadi 100%
{60% / 60% (100% - 40% peratus yang telah dituntut) x100% = 100%}
Baki akaun En.Adnan = RM50, 000.00
RM50, 000.00 – RM5.00 = RM49, 995.00
Oleh itu,
100% x RM49, 995.00 = RM49, 995.00
1% Yuran Tuntutan x RM49, 995.00 = RM499.95
RM49, 995.00 – RM499.95= RM49, 495.05
Nota:
Dalam situasi C, pencairan RM1, 000.00 akan dilakukan dan Hibah Amanah tersebut akan terbatal oleh kerana tidak ada Penerima Hibah lagi.
CONTOH SITUASI 6:
Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia Dan Akaun Pemberi Hibah Amanah Ada Pendaftaran Haji Biasa (Kecuali pendaftaran melalui KWSP) En. Raman (Pemberi Hibah Amanah) telah membuat pendaftaran haji biasa dan juga telah mendaftar Hibah Amanah TH pada 1 Januari 2015 dan menamakan 2 orang Penerima
Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Noni dihibahkan sebanyak 50% dan En. Zam sebanyak 50%. Pada 1 April 2015 Cik Noni meninggal dunia dan waris Cik Noni datang ke TH untuk membuat tuntutan. Pada ketika itu baki Akaun TH En. Raman adalah berjumlah RM100,000.00. Pada 1 Jun 2015 En. Zam pula meninggal dunia dan ketika itu baki wang Simpanan En. Raman berjumlah RM50,000.00. Berapakah amaun tuntutan yang akan diterima oleh kedua-dua waris tersebut?
a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Noni
Bahagian yang dituntut = 50%
Baki akaun En. Raman RM100, 000.00 dan ada membuat pendaftaran haji biasa
Oleh itu,
RM100, 000.00 – RM5.00 – RM1, 300.00 = RM98, 695.00
50% x RM98, 695.00 = RM49, 347.50
1% Yuran Tuntutan x RM49, 347.50 = RM493.47
RM49, 347.50 – RM493.47 =RM48,854.03
b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Zam
Bahagian yang dituntut = 50% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Noni
peratusan ini telah menjadi 100%.
{50% / 50% (100% - 50% peratus yang telah dituntut) x 100% = 100%}
Baki akaun En.Raman RM50, 000.00 dan ada pendaftaran haji biasa
Oleh itu,
RM50, 000.00 - RM5.00 – RM1, 300.00 = RM48, 695.00
100% x RM48, 695.00= RM48, 695.00
1% Yuran Tuntutan x RM48, 695.00 = RM486.95
RM48, 695.00 – RM486.95 = RM48, 208.05
Nota: Dalam situasi B, pencairan RM1,000.00 akan dilakukan dan Hibah Amanah tersebut akan terbatal oleh kerana tidak ada Penerima Hibah lagi.
CONTOH SITUASI 7:
Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia Dan Kemudian Pemberi Hibah Amanah Pula Meninggal Dunia:
En. Azman (Pemberi Hibah Amanah) telah mendaftar Hibah Amanah TH dan menamakan 2 orang Penerima Hibah Amanah mengikut agihan peratusan iaitu Cik Hayati dihibahkan sebanyak 50%, dan En. Amin sebanyak 50%. Setelah sebulan pendaftaran Hibah Amanah TH dibuat, Cik Hayati meninggal dunia dan waris beliau datang menuntut bahagian atas agihan yang diperuntukkan. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En Azman adalah sebanyak RM100, 000.00. 2 bulan kemudian, En. Amin pula meninggal dunia dan waris beliau juga telah membuat tuntutan ke atas bahagian yang diperuntukkan. Pada ketika itu, jumlah baki akaun En. Azman adalah sebanyak RM200,000.00. Sebulan selepas En. Amin meninggal dunia, En. Azman (Pemberi Hibah) pula meninggal dunia. Pada ketika itu jumlah baki Akaun En. Azman adalah sebanyak RM250,000.00. Berapakah amaun tuntutan yang akan diterima oleh kedua-dua waris Penerima Hibah Amanah tersebut berdasarkan situasi di atas dan siapakah yang berhak ke atas wang simpanan setelah kematian En. Azman?
a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Hayati
Bahagian yang dituntut = 50%
Baki akaun En. Azman = RM100, 000.00
RM100, 000.00 – RM5.00 = RM99, 995.00
Oleh itu,
50% x RM99, 995.00= RM49, 997.50
1% Yuran Tuntutan x RM49, 997.50 = RM499.97
RM49, 997.50 - RM499.97 = RM49, 497.53
b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Amin
Bahagian yang dituntut = 50% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Hayati
peratusan ini telah menjadi 100%.
{50% / 50% (100% - 50% peratus yang telah dituntut) x 100% = 100%}
Baki akaun En. Azman = RM200,000.00
Oleh itu,
RM200, 000.00 – RM5.00 = RM199, 995.00
100% x RM199, 995.00 = RM199, 995.00
1% Yuran Tuntutan x RM199, 995.00 = RM1, 999.95
RM199, 995.00 – RM1, 999.95 = RM197, 995.05
Nota: Pencairan amaun RM1,000.00 berlaku dalam situasi B dan baki Akaun Pendeposit/ Pemberi Hibah Amanah cuma tinggal RM5.00 sahaja.
c) Setelah kematian Pemberi Hibah Amanah/Pendeposit (En. Azman)
Baki Akaun En. Azman = RM250, 000.00
En. Azman tidak membuat pindaan Hibah Amanah atau Penamaan yang baru.
Oleh itu,
Tuntutan pusaka boleh dibuat oleh mana-mana waris yang berhak berdasarkan Hukum Syarak atau mana-mana pihak dengan mengemukakan Surat Kuasa/ Perintah (Mahkamah Syariah / Mahkamah Sivil / Bicara Kecil Pejabat Tanah / Amanah Raya Berhad) dan proses tuntutan adalah tidak menggunakan Sistem Hibah Amanah tetapi menggunakan Sistem Pusaka.
CONTOH SITUASI 8:
Penerima Hibah Amanah Hybrid (Hibah dan Penamaan) Meninggal Dunia Dan Pemberi Hibah Amanah Pula Meninggal Dunia.
En. Abu Bakar (pemberi hibah amanah) telah mendaftar hibah amanah dan penamaan TH (Hybrid) pada 1 Februari 2016. En Abu Bakar menamakan 4 orang penerima Hibah Amanah mengikut agihan yang diperuntukan iaitu Cik Wadah dihibahkan sebanyak 10%, En Syafiq dihibahkan sebanyak 30%, Cik Ilyana dihibahkan sebanyak 10% dan En. Adib dihibahkan sebanyak 20%. En. Abu Bakar juga mendaftarkan 2 orang penama iaitu kepada En. Adib dan Cik Linda dengan peratusan 30%. Pada 4 Mei 2016, Cik Wadah meninggal dunia dan waris beliau datang menuntut bahagian atas agihan yang diperuntukan pada 1 Jun 2016 ketika itu baki akaun semasa En Abu Bakar adalah berjumlah RM100,000.00. Selepas itu, pada 13 Disember 2016 En. Adib pula meninggal dunia dan waris beliau datang menuntut bahagian atas agihan yang diperuntukkan pada 2 Mac 2017. Baki akaun semasa En Abu Bakar pada tarikh tuntutan adalah berjumlah RM1, 000,000.00. Selepas dua tahun 4 bulan 14 hari En Abu Bakar pula meninggal dunia pada tarikh 14 Jun 2018. Baki akaun semasa En Abu Bakar adalah berjumlah RM500,000.00 semasa tuntutan dibuat pada 15/3/2019. Berapakah jumlah tuntutan pembahagian peratusan yang akan diterima oleh penerima Hibah Amanah dan juga Penamaan tersebut?
Penerima Hibah Amanah Meninggal Dunia:
a) Jumlah yang diterima oleh waris Cik Wadah
Bahagian yang dituntut = 10%
Baki akaun En. Abu Bakar = RM100, 000.00
RM100, 000.00 – RM5.00 = RM99, 995.00
Oleh itu,
10% x RM99, 995.00= RM9, 999.50
1% Yuran Tuntutan x RM9, 999.50 = RM100.00
RM9, 999.50 - RM100.00= RM9, 899.50
b) Jumlah yang diterima oleh waris En. Adib
Bahagian yang dituntut = 20% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris En.Adib
peratusan ini telah menjadi 22.22%.
{20% / 90% (100% - 10% peratus yang telah dituntut) x 100% = 22.22%}
Baki akaun En.Abu Bakar RM1, 000,000.00
Oleh itu,
RM1, 000, 000.00 – RM5.00 = RM999, 995.00
22.22% x RM999, 995.00 = RM222, 198.88
1% Yuran Tuntutan x RM222, 198.88 = RM2, 221.98
RM222, 198.88 – RM2, 221.98= RM219, 976.90
Nota: Dalam situasi B, peratusan penamaan tidak boleh dituntut kerana Pendeposit/Pemberi Hibah Amanah masih hidup.
Pemberi Hibah Amanah Meninggal Dunia:
Cara pengiraan proses penutupan akaun Pemberi Hibah Amanah (En. Abu Bakar):
- Baki akaun simpanan TH semasa tuntutan dibuat = RM500, 000.00
Tolak
- Yuran Tutup Akaun RM5.00
- 1 % Yuran Tuntutan (1% x RM499,995.00) = RM4,999.95
RM500, 000.00 – RM5.00 – RM4, 999.95 = RM494, 995.05
Jumlah yang akan diagihkan kepada Penerima Hibah Amanah dan Penerima Namaan adalah RM494, 995.05
c) Jumlah yang diterima oleh Encik Syafiq
Bahagian yang dituntut = 30% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Wadah
dan En.Adib peratusan ini telah menjadi 42.86%
{30% / 70% (100% - 30% peratus yang telah dituntut) x 100% = 42.86%}
Baki akaun En Abu Bakar = RM494, 995.05
Oleh itu,
42.86% x RM494, 995.05= RM212, 154.88
d) Jumlah yang diterima oleh Cik Ilyana
Bahagian yang dituntut = 10% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Wadah
dan En.Adib peratusan ini telah menjadi 14.28%
{10% / 70% (100% - 30% peratus yang telah dituntut) x 100% = 14.28%
Baki akaun En Abu Bakar = RM494, 995.05
Oleh itu,
14.28% x RM494, 995.05= RM70, 685.29
e) Jumlah yang diterima oleh Cik Linda (Penerima Namaan)
Bahagian yang dituntut = 30% tetapi setelah tuntutan dibuat oleh waris Cik Wadah
dan En.Adib peratusan ini telah menjadi 42.86%
{30% / 70% (100% - 30% peratus yang telah dituntut) x 100% = 42.86%}
Baki akaun En Abu Bakar = RM494, 995.05
Oleh itu,
42.86% x RM494, 995.05= RM212, 154.88
Nota Keseluruhan:
- Baki Minima RM5.00 dan Amaun Aqad Hibah Amanah RM1,000.00 perlu dikekalkan selagi Pendeposit/Pemberi Hibah Amanah masih belum meninggal dunia
- Semua perkiraan kajian kes yang dibuat adalah berdasarkan andaian baki akaun TH semasa kematian adalah sama dengan tuntutan.
- Pencairan Amaun Aqad Hibah Amanah RM1,000.00 akan dilakukan setelah:-
• Kematian Pemberi Hibah Amanah; atau
• Kematian Penerima Hibah Amanah yang terakhir walaupun masih terdapat Penerima Namaan. - Pencairan Amaun Daftar Haji RM1,300.00 akan dilakukan setelah kematian Pemberi Hibah Amanah.
- Seandainya pemberi Hibah Amanah ada membuat Pendaftaran Haji maka pengiraan bayaran tuntutan Hibah Amanah kepada waris penerima Hibah Amanah adalah setelah menolak wang pendaftaran haji tersebut.
- Sekiranya terdapat pembekuan akaun ataupun pembekuan amaun ianya perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum memproses bayaran Hibah Amanah.
- Yuran Tuntutan tidak akan dikenakan sekiranya telah mencapai maksimum RM10,000.00
- Yuran tutup akaun berjumlah RM5.00 akan dikenakan ke atas penutupan Akaun TH.
- Pengkreditan ke bank adalah tertakluk kepada kadar caj yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
- Seandainya penerima dan pemberi Hibah Amanah meninggal dunia serentak, maka pengiraan bagi tuntutan Hibah Amanah adalah mengikut pengiraan pemberi Hibah Amanah meninggal dunia.