Soalan Lazim Agihan Keuntungan
Bil | Soalan | Jawapan | ||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Berapakah jumlah dan kadar agihan keuntungan bagi tahun 2021? |
Agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2021 adalah berjumlah RM2.46 bilion pada kadar 3.10% setahun (2020 : 3.10%). Jumlah keuntungan yang diagih bagi tahun 2021 adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2020. Agihan bagi tahun kewangan 2021 memberi manfaat kepada kira-kira 8.4 juta pendeposit TH. |
||||||||||||||||||||||||||||
2 | Bagaimana prestasi dan kedudukan kewangan bagi tahun 2021? |
Agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2021 adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995. TH telah mencatat pendapatan sebanyak RM3.24 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM3.15 bilion bagi tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 2.9 peratus. Pelaburan pendapatan tetap dan ekuiti telah menyokong ketahanan pendapatan pada tahun 2021 dengan menyumbang lebih dari 70 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Pelaburan pendapatan tetap telah menjana RM1.70 bilion yang merangkumi 52 peratus daripada jumlah pendapatan kasarnya. Pendapatan daripada pelaburan ekuiti telah menyumbang sebanyak RM0.65 bilion yang merangkumi 20 peratus daripada jumlah pendapatan bagi tahun 2021 dan adalah 38 peratus lebih tinggi berbanding RM0.47 bilion bagi tahun 2020. Pelaburan harta tanah memperoleh pendapatan sebanyak RM0.42 bilion manakala pelaburan pasaran wang Islam menjana pendapatan sebanyak RM0.29 bilion. Setelah mengambil kira perbelanjaan, peruntukan zakat dan keuntungan dagangan saham, TH mencatatkan keuntungan boleh agih sebanyak RM2.48 bilion bagi tahun 2021, meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding RM2.43 bilion bagi tahun 2020. Kedudukan kewangan TH terus kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021. Jumlah Aset pada RM88.73 bilion dan jumlah Deposit pada RM83.33 bilion merupakan yang tertinggi di dalam sejarah TH selama 59 tahun. |
||||||||||||||||||||||||||||
3 | Adakah pendeposit masih perlu membayar zakat ke atas wang simpanan di TH? |
Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit dan pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979. TH peruntukan zakat sebanyak RM107 juta yang akan dilunaskan kepada semua Majlis Agama Islam Negeri bagi pihak pendeposit. |
||||||||||||||||||||||||||||
4 | Bagaimanakah cara pengiraan agihan keuntungan tahun 2021? |
Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2021 adalah sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2021 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan iaitu 3.10% bagi tahun 2021. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut: |
||||||||||||||||||||||||||||
5 | Siapakah yang layak menerima agihan keuntungan? | Pendeposit yang layak adalah :
|
||||||||||||||||||||||||||||
6 | Siapakah yang tidak layak menerima agihan keuntungan? | Pendeposit yang tidak layak adalah :
|
||||||||||||||||||||||||||||
7 | Bagaimanakah agihan keuntungan dibayar kepada pendeposit? | Agihan keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan. | ||||||||||||||||||||||||||||
8 | Bilakah agihan keuntungan tahun 2021 boleh disemak oleh pendeposit? | Agihan Keuntungan boleh disemak mulai pukul 12:00 tengah hari, pada hari Ahad, 27 Feb 2022. Baki simpanan terkini boleh disemak di:
|
||||||||||||||||||||||||||||
9 | Mengapa peratusan agihan keuntungan tahun 2021 kekal sama berbanding 2020? |
Walaupun kadar keuntungan adalah sama, jumlah keuntungan yang diagih bagi tahun 2021 adalah RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion yang telah diagih bagi tahun kewangan 2020. Kadar pulangan tahun 2021 juga adalah berpatutan setelah mengambil kira keadaan persekitaran perniagaan dan pasaran sukuk dan saham yang mencabar pada tahun lepas, keadaan ekonomi yang sukar dan masih terkesan dari pandemik Covid-19 yang berterusan pada tahun 2021, dan juga keperluan untuk TH :-
TH telah mencatat pendapatan sebanyak RM3.24 bilion bagi tahun 2021 berbanding RM3.15 bilion bagi tahun 2020, iaitu peningkatan sebanyak 2.9 peratus. TH juga telah mencatatkan keuntungan boleh agih sebanyak RM2.48 bilion bagi tahun 2021, meningkat sebanyak 2.1 peratus berbanding RM2.43 bilion bagi tahun 2020. |
||||||||||||||||||||||||||||
10 | Bagaimana perbandingan kadar agihan keuntungan TH tahun 2021 dengan dana/institusi lain? |
TH ditubuhkan untuk membantu umat Islam menyimpan wang bagi menunaikan haji. Matlamat ini mempengaruhi cara TH merangka strategi pelaburan, tahap risiko dan tahap kecairan yang akan menentukan kadar pulangan yang diperolehi. Institusi pelaburan yang lain mempunyai matlamatnya yang tersendiri dan ini akan mendorong mereka untuk mempunyai strategi pelaburan, tahap risiko dan tahap kecairan yang berlainan juga. Ini bermakna kadar agihan keuntungan TH tidak boleh dibandingkan secara saksama dengan institusi pelaburan yang lain kerana tujuan penubuhan yang berbeza. Aliran masuk dan keluar jumlah simpanan akaun di TH adalah atas permintaan dan tidak dikenakan sebarang had. Oleh yang demikian, adalah wajar kadar agihan keuntungan TH dibandingkan dengan kadar ditawarkan oleh deposit simpanan perbankan Islam lain. Kadar agihan keuntungan bagi tahun kewangan 2021 adalah lebih tinggi daripada purata kadar deposit tetap perbankan Islam bagi tempoh 12 bulan (iaitu, 2.36 peratus) dan zakat juga telah diambil kira untuk dilunaskan bagi pihak pendeposit. |
||||||||||||||||||||||||||||
11 | Adakah kadar agihan keuntungan akan berubah mengikut keuntungan TH pada tahun-tahun berikutnya? | Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH pada tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995. | ||||||||||||||||||||||||||||
12 | Apakah perancangan pelaburan TH bagi tahun 2022 dalam usaha meningkatkan pendapatannya |
TH akan memfokuskan usaha untuk melaksanakan Pelan Strategik untuk meningkatkan prestasi dan tadbir urusnya. TH juga akan mempelbagaikan portfolio pelaburan domestik disamping merancang untuk meningkatkan pelaburan luar negara secara berkala dengan mengambil kira risiko yang berpatutan. |
||||||||||||||||||||||||||||
13 | Adakah kedudukan kewangan TH kukuh |
Kedudukan kewangan TH kekal kukuh dengan aset berjumlah RM88.73 bilion melebihi liabiliti berjumlah RM85.51 bilion pada 31 Disember 2021. Jumlah simpanan deposit yang dijamin oleh Kerajaan telah mencecah RM83.33 bilion dan merupakan jumlah simpanan yang tertinggi dalam sejarah TH sejak 59 tahun penubuhannya. Seiring dengan langkah penjimatan dan pengurusan kewangan yang berhemah, kos operasi TH telah menurun sebanyak empat (4) peratus berbanding tahun 2020 hasil daripada langkah pengurusan kewangan yang berhemah. |