Kempen Simpanan Haji Online Bersama Paynet 2023
Demi merealisasikan aspirasi negara dalam transformasi ke arah digitalisasi, TH bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) menganjurkan Kempen Simpanan Haji Online bagi memperkenalkan variasi perkhidmatan simpanan secara digital dan menggalakkan transaksi tanpa tunai.
Kemudahan transaksi digital TH menjimatkan masa dan boleh dilakukan dimana-mana dengan selesa dan selamat. Antara kemudahan simpanan TH online adalah:
- THiJARI
- JomPAY
Pendeposit berpeluang untuk memenangi pakej Umrah dan pulangan tunai apabila transaksi simpanan TH dilakukan setiap bulan secara atas talian sepanjang tempoh kempen.
Tempoh Kempen
1 Julai sehingga 30 Disember 2023
Kelayakan Penyertaan
- Terbuka kepada semua pendeposit TH yang berusia 18 tahun ke atas.
- Memilih salah satu platfom digital untuk transaksi simpanan:
i. THiJARI
ii. JomPAY - Membuat transaksi simpanan minima RM60 setiap bulan melalui platfom pilihan dalam tempoh kempen.
- Tiada pengeluaran sepanjang tempoh kempen
Hadiah Untuk Dimenangi
Hadiah Utama Enam (6) Pakej Umrah
- Hadiah pakej Umrah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain samada sebahagian atau keseluruhannya.
- Hadiah pakej umrah tidak termasuk kos-kos lain yang berkaitan.
- Pemenang hadiah pakej Umrah perlu menghubungi agensi pelancongan (Tabung Haji Travel and Services Sdn Bhd, THTS) secara langsung bagi urusan pakej.
Hadiah Pulangan Tunai
- Hadiah pulangan wang tunai RM60 akan dikreditkan ke akaun TH pemenang setelah tamat tempoh kempen, terhad kepada 1,980 orang terawal sahaja.
- Tuntutan hadiah Utama perlu dilakukan dalam tempoh 90 HARI selepas pemenang diumumkan. Sekiranya tiada tuntutan dibuat, hadiah akan terbatal.
Pemilihan Pemenang
- Setiap pemenang layak mendapat satu hadiah sahaja.
- Pemenang diwajibkan mendaftar akaun TH dengan nombor telefon bimbit dan alamat e-mel yang sah dan terkini.
- Pemenang akan diumumkan melalui media sosial rasmi TH dan pemenang hadiah utama akan dihubungi oleh TH melalui panggilan telefon dan/atau emel dan disusuli dengan surat rasmi bersertakan vaucer pakej.
- TH berhak meminta dokumen berkaitan dan/atau bukti pengenalan bertulis bagi proses pengesahan pemenang sebelum hadiah diumumkan secara rasmi.
- TH berhak mengikut budi bicara mutlaknya memilih pendeposit lain yang layak bagi menggantikan mana-mana pemenang yang hilang kelayakan ke atas hadiah dan/atau atas apa-apa sebab tanpa alasan sepanjang dan selepas tamat tempoh kempen.
Terma Dan Syarat
- Pendeposit yang layak adalah dinasihati membaca dan memahami Terma dan Syarat Kempen yang telah ditetapkan;
- Pendeposit yang layak mesti memenuhi kriteria kelayakan dan mekanisme kempen. Tiada borang permohonan atau tandatangan diperlukan untuk menyertai kempen ini;
- Akaun TH pendeposit mesti aktif, sah dan/atau tidak dibekukan oleh TH atas sebab-sebab tertentu tertakluk kepada sebarang lampiran, perintah mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa yang dibenarkan oleh undang-undang sehingga tamat tempoh kempen sebelum penyerahan hadiah. Sekiranya pemenang didapati hilang kelayakan atas sebab-sebab yang digariskan dalam terma dan syarat kempen, hadiah tersebut akan dilucutkan dan tiada sebarang bayaran dan/atau pampasan akan diberikan;
- TH tiada obligasi untuk mengemukakan apa-apa sebab dan/atau penjelasan atas keputusan yang telah dicapai. Tiada sebarang surat-menyurat dan/atau rayuan mempertikaikan keputusan TH akan dilayan.
Notis Privasi
Dengan menyertai kempen ini, pendeposit yang layak akan bersetuju dengan terma berikut:-
- Membenarkan data peribadinya dikumpul, diproses dan digunakan oleh TH dan anak-anak syarikatnya selaras dengan Notis Privasi TH setakat mana yang perlu bagi tujuan kempen ini, termasuk aktiviti-aktiviti pemasaran dan promosi yang lain. TH akan menyantuni dan melindungi data peribadi pendeposit yang layak sebagai langkah mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA 2010);
- TH menerbit dan memaparkan nama-nama pemenang dan/atau gambar di dalam media sosial rasmi TH bagi tujuan publisiti kempen;
- Bersetuju dan menerima keputusan TH yang muktamad mengenai semua perkara berkaitan kempen ini, pemilihan pemenang dan pengumuman hadiah melalui enjin cabutan automatik.