Kempen Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO)
Kempen Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO) bermula 1 Disember 2021 sehingga 31 November 2021.
Maklumat Kempen
- Terbuka kepada semua pembukaan akaun baru secara maya.
- Daftar VAO dalam tempoh kempen (satu (1) bulan) bermula 1 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 untuk melayakkan penyertaan.
- Terhad kepada 120 pendeposit yang terawal setiap hari (sepanjang tempoh kempen).
SYARAT KEMPEN
- Pembukaan akaun baru dibuat secara dalam talian menerusi VAO.
- Semasa pendaftaran VAO, pendeposit perlu memilih satu cawangan TH untuk melakukan urusan pengesahan.
- Pendeposit boleh menyemak nama sekiranya layak melalui pengumuman yang akan dimuatnaik di media sosial dan laman web TH setiap minggu (setiap Isnin).
- Tuntutan boleh dibuat selepas senarai nama dimuatnaik dan pendeposit perlu memastikan pengesahan akaun dibuat dalam masa 30 hari selepas tarikh pengumuman senarai yang layak.
- Pengesahan akaun dibuat dengan syarat deposit minimum RM 100.
- Kelayakan akan terbatal sekiranya pengesahan dibuat di cawangan yang lain, tidak memenuhi syarat deposit minimum atau melebihi tempoh pengesahan akaun.
- Pendeposit yang memenuhi syarat dan kelayakan kempen akan menerima Tabung Wang TH selepas pengesahan akaun dibuat.
- Keputusan TH adalah muktamad dan berhak meminda tarikh pengumuman tanpa notis.
Tempoh Kempen
- Bermula pada 1 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 sahaja.
- Pihak TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tersebut.
- Dengan penyertaan kempen ini, peserta dianggap bersetuju dan faham dengan terma & syarat.
Senarai Nama Pemenang
Senarai nama pendeposit bagi Kempen Pembukaan Akaun Baru secara maya (VAO) adalah seperti berikut:
1) Pusingan pertama
2) Pusingan kedua
3) Pusingan ketiga
4) Pusingan keempat