Rayuan Haji
Rayuan Haji
Objektif
Objektif utama rayuan haji adalah untuk memberi peluang kepada bakal haji yang tidak termasuk dalam tahun peruntukan semasa agar mereka berpeluang menunaikan haji pada tahun tersebut.
Tujuan
Rayuan haji disediakan oleh Tabung Haji (TH) sebagai saluran bagi bakal haji mengemukakan sebab-sebab tertentu untuk menunaikan haji pada tahun semasa.
Pertimbangan Rayuan
Pertimbangan bagi rayuan haji adalah tertakluk kepada kekosongan tempat dan berdasarkan merit tertentu, seperti berikut:
- Rayuan mahram bagi isteri atau suami yang terpilih
- Pengiring bagi bakal haji lanjut usia yang terpilih
- Pengiring bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang terpilih;
Bayaran haji bagi kategori di atas adalah mengikut kadar bayaran haji (principal) yang terpilih. - Lain-lain rayuan yang memenuhi kriteria merit, termasuk:
- Tempoh pendaftaran haji
- Faktor umur
- Keadaan kewangan
- Kekerapan permohonan rayuan haji, dan sama ada pemohon pertama kali atau pernah menunaikan haji
Bayaran haji bagi rayuan yang diluluskan adalah mengikut kos penuh bayaran haji.
Tabung Haji telah memperkenalkan Rayuan Haji secara online menggunakan THiJARI bagi memudahkan proses rayuan haji dibuat. Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji, sila klik di sini.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919.
Video Tutorial Rayuan Haji Secara Atas Talian (Online).