Peraduan Cari Perkataan Tersembunyi Aidiladha
Syarat Pertandingan
- Terbuka kepada semua ahli TaHa Cilik yang berumur 7 tahun sehingga 12 tahun.
- Terhad kepada satu penyertaan sahaja bagi setiap ahli TaHa Cilik.
- Peserta perlu membuat sekurang-kurangnya, 1 transaksi simpanan ke akaun TH dalam tahun 2024 sehingga tarikh akhir peraduan.
- Tempoh peraduan ini bermula pada 18 Jun sehingga 23 Jun 2024 sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.
Langkah-Langkah Penyertaan
- Soalan peraduan merangkumi 15 perkataan tersembunyi berkaitan Hari Raya Aidiladha / Musim Haji
- Klik pautan (link) di ruangan caption untuk melengkapkan borang penyertaan dan senaraikan perkataan tersembunyi yang ditemui.
- Peserta perlu menghantar penyertaan melalui pautan tersebut sebelum tamat tempoh pertandingan bagi melayakkan penyertaan.
Hadiah dan Keputusan Pertandingan
- 50 peserta terawal dengan carian perkataan yang tepat akan dipilih sebagai pemenang.
- Pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM50 yang akan dikreditkan ke akaun TH peserta.
- Pemenang akan diumumkan melalui media sosial TH selepas 1 Julai 2024.
- Keputusan pemenang adalah muktamad. TH berhak meminda tarikh pengumuman pemenang tanpa notis.
Notis Privasi
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta telah bersetuju untuk TH memproses maklumat peribadi yang dihantar bagi tujuan pertandingan. Ini termasuk mendedahkan nama peserta kepada masyarakat umum apabila peserta menjadi pemenang dengan menerbitkan nama dan lain-lain maklumat peribadi peserta tanpa pampasan untuk tujuan pengiklanan dan publisiti.
- Pihak TH berhak menolak penyertaan yang tidak memenuhi syarat atau yang diterima selepas tarikh tutup pertandingan.
- Dengan penyertaan pertandingan ini, peserta dianggap bersetuju dan faham dengan terma & syarat.