Balai Berita

2014

Oktober 2014

15 Oktober 2014 Berita | Korporat
PENGERUSI LEMBAGA TABUNG HAJI ZIARAH WARIS JEMAAH HAJI YANG MENINGGAL DI TANAH SUCI

YB Dato' Seri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), menziarahi keluarga dan waris Jemaah Haji Malaysia yang meninggal di Tanah Suci sebagai tanda simpati dan keprihatinan TH kepada kebajikan waris dan keluarga yang kehilangan orang tersayang.

Oktober 15

15 Oktober 2014 Kenyataan Akhbar | Korporat
Pengerusi Lembaga Tabung Haji Ziarah Keluarga Jemaah Meninggal

PAHANG, RABU, 15 Oktober 2014: Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menziarahi waris dan keluarga jemaah haji yang meninggal dunia di tanah suci iaitu Allahyarhamah Maznah Dali, 51, dari Kuantan, Pahang dan Allahyarham Ibrahim Tul, 64, dari Pekan, Pahang.

Oktober 14

14 Oktober 2014 Kenyataan Akhbar | Korporat
Pengerusi Lembaga Tabung Haji Ziarah Keluarga Jemaah Meninggal

NEGERI SEMBILAN, SELASA, 14 Oktober 2014: Yang Berhormat Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini menziarahi waris dan keluarga jemaah haji yang meninggal dunia di tanah suci iaitu Allahyarhamah Normah Jamin, 56, dari Pedas, Negeri Sembilan dan Allahyarhamah Madah Baba, 61, dari Kota, Negeri Sembilan.

Oktober 10

10 Oktober 2014 Kenyataan Akhbar | Korporat
Kumpulan Pertama 444 Jemaah Haji Selamat Tiba Di Tanah Air

SEPANG, Jumaat, 10 Oktober 2014 : Kumpulan pertama seramai 444 Jemaah Haji telah selamat tiba di KLIA setelah melaksanakan ibadah haji pada Musim Haji 1435H/2014M. YB. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH serta pihak Pengurusan Kanan TH telah hadir untuk menyambut ketibaan semua jemaah haji penerbangan balik pertama tersebut di Balai Ketibaan (B4), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

10 Oktober 2014 Berita | Korporat
KUMPULAN PERTAMA JEMAAH HAJI SELAMAT PULANG

Kumpulan pertama seramai 444 Jemaah Haji telah selamat tiba di KLIA setelah selesai melaksanakan ibadah haji. YB. Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi TH dan pihak Pengurusan Kanan TH hadir menyambut ketibaan semua jemaah haji penerbangan balik pertama tersebut di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

September 2014

September 25

25 September 2014 Khutbah Arafah Video |
Khutbah Arafah 2014


September 22

22 September 2014 Kenyataan Akhbar | Korporat
Tabung Haji Menafikan Pelaburan Di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR, Isnin, 22 September 2014: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di Amerika Syarikat baru-baru ini. TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.

21 September 2014 Berita | Korporat
KEBERANGKATAN JEMAAH HAJI PULAU PINANG KE TANAH SUCI BAGI MUSIM HAJI 1435H / 2014M

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengadakan majlis pelepasan Jemaah Haji KT 54 di Dewan Mutiara, Kompleks Tabung Haji Bayan Lepas, Pulau Pinang.

19 September 2014 Berita | Korporat
PENGERUSI ZIARAH KELUARGA ALLAHYARHAM AB KHALID MD YUSOF

Yang Berhormat Dato' Sri Haji Abdul Azeez Abdul Rahim, Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) pada hari ini mengadakan lawatan dan menziarahi keluarga Allahyarham Ab Khalid Bin Md Yusof, 59, di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, Selangor.