KUALA LUMPUR, 1 MAC 2023 – Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun 2022 pada awal suku kedua tahun ini setelah kedudukan kewangannya selesai diaudit dan diluluskan.
Sebelum ini agihan keuntungan dilaksanakan pada suku pertama tahunan berdasarkan kedudukan kewangan awal.
Keputusan ini mengambil kira saranan penambahbaikan serta maklumbalas awal Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), selaras dengan usaha TH untuk memperkukuhkan operasi, pengurusan dan tadbir urus institusi haji negara.
TH terus kekal komited untuk memberi agihan keuntungan yang mampan dan stabil selari dengan mandat penubuhannya mengurus simpanan umat Islam Malaysia bagi tujuan menyempurnakan Rukun Islam kelima iaitu haji.
-Tamat-
Soalan Lazim berkaitan Agihan Keuntungan TH Akan Diumum Awal Suku Kedua, klik disini.