KUALA LUMPUR, 7 Jun 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) mengumumkan bahawa dua (2) Ahli Lembaga Pengarahnya telah meletakkan jawatan iaitu YB Datuk Rosni Sohar pada 23 Mei 2018 dan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi Ali pada 4 Jun 2018.
YB Datuk Rosni Sohar dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah TH sejak Februari 2014 manakala YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Mohamed Apandi Ali sejak Januari 2016.
TH mengucapkan terima kasih kepada kedua dua mantan Ahli Lembaga Pengarah ini di atas sumbangan dan perkhidmatan mereka. Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji
-TAMAT-
PDF Kenyataan Akhbar