KUALA LUMPUR, 28 Februari 2019: Lembaga Tabung Haji (TH) telah membuat keputusan bahawa TH akan kekal menanggung semua subsidi bagi jemaah haji muassasah kali pertama termasuk yang membuat rayuan bagi menunaikan haji tahun ini.
Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk keupayaan dan kedudukan unjuran kewangan TH bagi tahun 2019.
-Tamat-