KUALA LUMPUR, 9 Februari 2018 – Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan bahawa pengiraan hibah 2017 adalah berdasarkan baki purata minima bulanan sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Hibah TH 2017 bermula Isnin, 12 Februari 2018, di kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat. Semakan baki simpanan juga boleh dilakukan di ATM dan portal internet bank-bank rakan strategik - Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik (Maybank2U) serta Portal Internet TH (THiJARI) dan aplikasi mobile (THiJARI).
HIBAH TH 2017 6.25% | |
---|---|
Hibah Tahunan TH 2017 (4.50%) Baki purata minima bulanan X 4.50% (Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 4.50% |
Hibah Haji 2017 (1.75%) Baki purata minima bulanan X 1.75% (tertakluk kepada maksimum RM9,980.00) (Januari-Disember 2017/12 Bulan) X 1.75% |