KUALA LUMPUR, 28 Disember 2020 – Lembaga Tabung Haji (TH) baru-baru ini telah menerima pengiktirafan pemenang Tempat Kedua - institusi pilihan graduan Malaysia di bawah kategori sektor badan-badan berkanun.
Kemenangan TH ini memasuki tahun ketiga sejak mula menerima pengiktirafan pada tahun 2017 dan 2018 hasil tinjauan dan undian 100% para graduan di Malaysia. Pada tahun ini, TH telah berjaya menduduki tangga 40 teratas majikan terkemuka pilihan para graduan dalam senarai 100 Majikan Pilihan Graduan. Pelbagai institusi-institusi lain turut dicalonkan dan menerima pengiktirafan seperti dalam sektor perbankan, automotif, insurans, kejuruteraan dan telekomunikasi.
Malaysia’s 100 adalah program pengiktiran anugerah pengambilan siswazah terbesar di Malaysia, dan menjadi penanda aras kepada tahap kecemerlangan jenama majikan dengan mengambil kira undian para graduan setiap tahun. Ia merupakan kajian terbesar dan paling lama dilakukan ke atas pola pengambilan siswazah di Malaysia. Setiap tahun, kajian yang dilakukan ini memberi peluang kepada para graduan untuk berkongsi keperluan dan kehendak mereka dalam memilih pekerjaan pertama mereka.
“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan dan keyakinan para graduan terhadap Lembaga Tabung Haji sebagai sebuah organisasi badan berkanun yang dipercayai,” kata Puan Rina Sarif, Ketua Pegawai Modal Insan TH.
TH amat berbesar hati dengan pencapaian anugerah yang diiktiraf ini dan berharap TH akan terus menjadi pilihan para graduan di Malaysia untuk berusaha mencapai tahap yang lebih cemerlang demi kemaslahatan ummah.
-Tamat-
28122020_SIARAN AKHBAR - TH MENANG ANUGERAH PILIHAN GRADUAN MALAYSIA (FINAL) 28122020.pdf