KUALA LUMPUR, 12 JUN 2023 : Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan para pendeposit dan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan wang tunai yang lumayan.
TH ingin memaklumkan bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab (scammer) telah menyamar dan menggunakan nama serta logo TH untuk menawarkan skim pelaburan di platform Telegram. ‘Scammer’ tersebut turut menubuhkan ‘Group Chat’ (Tabung Haji & Pelaburan) di Telegram untuk melakukan kegiatan pelaburan dengan menjanjikan keuntungan yang tidak munasabah.
TH terus komited untuk memberi peringatan dan nasihat berkaitan perkara ini kepada para pendeposit di platform-platform komunikasi rasmi TH.
TH menasihatkan supaya pendeposit mahupun orang ramai untuk tidak percaya dengan tawaran dari pihak ketiga. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.
-TAMAT-