Kelayakan
- Kempen ini terbuka untuk semua pendeposit muda TH baharu dan sedia ada yang merupakan ahli Kelab TaHa dan mengekalkan akaun TH yang aktif.
- Pendeposit TH baharu ialah pemegang akaun yang membuka akaun TH semasa Tempoh Kempen (“Pendeposit TH Baharu”) dan pendeposit sedia ada ialah pemegang akaun yang telah membuka akaun TH sebelum bermulanya Tempoh Kempen (“Pendeposit TH Sedia Ada”). Pendeposit TH Sedia Ada terdiri daripada pendeposit yang (i) telah menunaikan haji dan/atau mendaftar haji dan (ii) belum mendaftar haji.
- Sepanjang Tempoh Kempen, Peserta Yang Layak dikehendaki untuk: -
- mendeposit sekurang-kurangnya sejumlah RM1,300.00 dan mengekalkan Tambahan Simpanan Bersih minima RM1,300.00 dalam akaun TH mereka; dan
- mendaftar Haji bagi mereka yang belum mendaftar.
- Tambahan Simpanan Bersih bermaksud Jumlah Deposit (jumlah deposit yang dibuat semasa Tempoh Kempen) setelah ditolak Jumlah Pengeluaran (jumlah pengeluaran yang dibuat semasa Tempoh Kempen).
- Pendeposit TH Baharu dan Pendeposit TH Sedia Ada yang merupakan ahli Kelab TaHa yang memenuhi kriteria kelayakan berikut (“Kriteria Kelayakan”) secara automatik layak untuk menyertai Kempen ini di mana penjaga akaun akan mengambil bahagian bagi pihak mereka (“Peserta Yang Layak”):-
- Berumur 18 tahun ke bawah semasa membuat penyertaan; dan
- Pendeposit TH Sedia Ada (telah menunaikan Haji dan/ atau mendaftar Haji) yang mendeposit sekurang-kurangnya RM1,300.00 dan mengekalkan Tambahan Simpanan Bersih minima RM1,300.00 dalam akaun TH mereka semasa Tempoh Kempen; atau
- Pendeposit TH Sedia Ada (belum mendaftar Haji) yang mendeposit sekurangkurangnya RM1,300.00 dan mengekalkan Tambahan Simpanan Bersih minima RM1,300.00 dalam akaun TH mereka dan mendaftar Haji semasa Tempoh Kempen; atau
- Pendeposit TH Baharu yang mendeposit sekurang-kurangnya RM1,300.00 dan mengekalkan Simpanan Bersih minima RM1,300.00 dalam akaun TH mereka dan mendaftar Haji semasa Tempoh Kempen.
Bagi mengelakkan keraguan, Peserta Yang Layak adalah penjaga akaun mengikut rekod TH kepada Pendeposit TH Baru dan Pendeposit TH Sedia Ada yang merupakan ahli Kelab Taha.
JADUAL A
Kriteria Kelayakan Peserta Yang Layak:-
PENDEPOSIT TH BAHARU | PENDEPOSIT TH SEDIA ADA | |
---|---|---|
Belum mendaftar haji | Telah menunaikan haji dan/atau mendaftar haji | |
Berumur Di Bawah 18 Tahun | ||
semasa Tempoh Kempen (1 Januari – 31 Disember 2022) |
semasa Tempoh Kempen (1 Januari – 31 Disember 2022) |
semasa Tempoh Kempen (1 Januari – 31 Disember 2022) |
Jadual B
Ilustrasi Kriteria Kelayakan
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
- Anggota TH berstatus tetap dan anggota yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisan (termasuk Pelatih Pengurusan) dan ahli keluarga terdekat (pasangan dan anak-anak) tidak layak menyertai Kempen ini.