Soalan |
Jawapan |
Bolehkah saya mendaftar Haji di THiJARI? |
Ya. Anda boleh mendaftar Haji secara individu atau berkumpulan menggunakan THiJARI. |
Adakah boleh saya membuat pendaftaran haji secara online? |
Ya. Pendaftaran haji boleh dibuat secara online dengan melayari laman web https://www.thijari.com.my atau melalui aplikasi mobile THiJARI @ hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian +603-6207 1919. |
Saya bukan warganegara Malaysia tetapi pemegang kad pengenalan merah. Adakah saya boleh mendaftar haji? |
Tidak boleh. Semua pemegang kad pengenalan merah atau bukan warganegara Malaysia tidak boleh mendaftar haji atau membuka akaun simpanan TH. |
Berapakah jumlah simpanan yang perlu ada dalam akaun untuk mendaftar haji? |
Jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk mendaftar haji adalah sebanyak RM1,300.00 sahaja. |
Sekiranya saya mendaftar haji, adakah saya boleh tahu bilakah giliran saya mengerjakan haji? |
Ya. Giliran tunai haji adalah berdasarkan tahun peruntukan haji yang diberi semasa bakal haji mendaftar haji. |
Bolehkah saya membuat pendaftaran haji bagi pihak ketiga? |
Tidak. Pendaftaran haji hanya untuk diri sendiri dan anak di bawah akaun pemegang amanah sahaja. Jika penjaga belum mendaftar haji, pendaftararan haji boleh dilakukan bersama dengan anak di bawah akaun pemegang amanah. Bagi penjaga yang telah mendaftar haji, anak di bawah akaun pemegang amanah hendaklah mendaftar di mana-mana kaunter TH yang berhampiran. |
Berapakah bilangan maksimum pendaftaran haji secara berkelompok? |
Maksimum pendaftaran haji yang dibenarkan adalah sebanyak enam (6) orang sahaja termasuk penjaga. |
Slip pendaftaran haji saya telah hilang. Adakah saya boleh membuat semakan dan mencetak semula slip pendaftaran haji saya? |
Slip pendaftaran haji boleh dicetak semula melalui THiJARI. |
Bagaimanakah cara untuk saya menyemak samada telah terpilih untuk menunaikan haji ataupun tidak? |
Bakal haji yang terpilih untuk menunaikan haji akan dihubungi oleh pejabat TH cawangan melalui surat atau panggilan telefon. Bakal haji juga boleh membuat semakan dan cetakan surat tawaran secara online melalui THiJARI. |
Saya telah terpilih pada tahun ini, bagaimanakah cara saya boleh menjawab surat tawaran tersebut? |
Surat tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dijawab dalam tempoh yang ditetapkan ke mana-mana pejabat TH yang berhampiran. |
Bolehkan saya menyemak status pendaftaran Haji menggunakan THiJARI? |
Ya. Anda boleh menyemak status pendaftaran Haji menggunakan THiJARI. |
Bolehkah saya membuat semakan jadual penerbangan haji secara online? |
Ya. Bakal haji yang terpilih boleh membuat semakan dan cetakan Surat Jadual Penerbangan secara online melalui THiJARI. |