Jawapan
TH tidak boleh menjadi pengurus aset kepada SPV secara langsung kerana TH boleh dianggap masih menguasai kepentingan terhadap aset-aset yang dipindahkan. Justeru itu, mengikut prinsip perakaunan, TH masih perlu menyatukan kembali aset-aset yang mengalami kejatuhan rosot nilai yang tinggi dan tidak memberi kadar pulangan yang baik ini di dalam kedudukan kewangan TH. Ini akan menyebabkan objektif pengasingan aset tersebut tidak tercapai, dan jurang defisit di antara nilai aset dan nilai masih kekal tinggi. Ia akan membawa kepada ketidakbolehan TH untuk mengagihkan hibah bukan sahaja pada tahun 2018, malah tahun-tahun yang akan datang.