Jawapan
Kerajaan Malaysia tidak pernah gagal dalam memenuhi sebarang obligasi kewangannya termasuk pinjaman dan jaminan. Kedudukan kewangan Kerajaan yang kukuh turut diiktiraf oleh agensi penarafan antarabangsa Standard & Poor’s dengan penarafan kredit Malaysia kekal berada pada paras A-. Oleh sebab itu, tidak sewajarnya keupayaan Kerajaan untuk memenuhi obligasinya kepada TH dipertikaikan.