e-Perolehan
e-Perolehan atau disebut sebagai Portal Pembekal TH merupakan satu aplikasi / sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Tabung Haji (TH) melalui Internet. Mulai tahun 2020, semua pendaftaran syarikat di TH akan dilaksanakan secara dalam talian (online). Aplikasi ini dijangka mampu menjimatkan kos, masa dan tenaga apabila mengguna pakai sepenuhnya konsep bebas kertas (paperless).
Permohonan Pendaftaran / Pembaharuan Syarikat
Permohonan pendaftaran syarikat bagi syarikat yang baharu (pertama kali) mendaftar dengan TH atau ingin membuat pembaharuan pendaftaran, sila lengkapkan borang pra-pendaftaran seperti di bawah :
Dasar-dasar Integriti
Untuk maklumat lanjut berkaitan Dasar-dasar Integriti, sila klik disini.
e-Invois
TH memperkenalkan pendaftaran dan serahan invois elektronik (e-Invois) melalui Portal Pembekal TH. Portal ini memberi kemudahan kepada pembekal TH bagi tujuan pendaftaran, padanan, muatnaik, serahan dan semakan status e-Invois secara atas talian.
Panduan pembekal bagi e-Invois adalah seperti berikut:
- Manual Pengguna : Pendaftaran pembekal bagi tujuan e-Invois
- Manual Pengguna : e-Invois
- Soalan Lazim (FAQ) : e-Invois
Klik pada pautan yang berkaitan:
Pertanyaan Lanjut
Sebarang kemusykilan dan pertanyaan lanjut, sila kunjungi Pejabat Cawangan TH yang berdekatan atau hubungi:
Tabung Haji Contact Centre (THCC)
Telefon : +603 - 6207 1919
E-mel : th-info@lth.gov.my
Waktu Operasi : 8:00 pagi - 6:30 petang
(Beroperasi pada hari Isnin hingga Ahad. Kecuali pada cuti umum mengikut Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur)